Intan Ladyana Serik Cakap Soal Cinta

Diterbitkan: Rabu, 10 Mei 2017 12:49 PM

Intan Ladyana enggan lagi bercakap soal peribadi. Foto LOW BOON TAT

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Dek kerana kegagalan dalam percintaan sebelum ini, aktres Intan Ladyana membuat keputusan untuk tidak lagi bercerita tentang peribadi dan hubungan percintaannya dengan mana-mana lelaki.

Bagaimanapun, Intan, 35, berkata, dia akan memberitahu dan bercerita tentang perkahwinannya jika ia sudah benar-benar pasti.

"Insya-Allah, saya tidak mahu cakap apa-apa, doakan sahaja yang terbaik. Saya dah serik bercakap soal ini dan belajar daripada pengalaman lalu.

Intan sedia kembali berlakon.

"Kalau orang tahu, tahulah, jika betul-betul ingin berkahwin nanti barulah saya beritahu," ujarnya kepada mStar Online.

Intan sebelum ini pernah bercinta dengan aktor Kamal Adli selama enam tahun sebelum mengambil keputusan untuk berpisah pada Ogos 2014.

Pelakon Jangan Pandang Belakang itu ditemui pada majlis pelancaran program Ramadan Astro 2017 di Dataran Wau, Kompleks Kraf, di sini, Selasa.

Sementara itu, Intan yang menghilang selama dua tahun memberitahu dia kini sudah bersedia untuk kembali aktif berlakon.

Namun, dia mengakui memilih skrip dan naskhah yang mencabar kredibilitinya sebagai seorang pelakon.

"Hampir dua tahun juga saya berehat daripada terlibat dengan dunia lakonan. Saya ambil masa itu untuk berehat dan fokus kepada perniagaan.

"Saya sekarang sibuk menguruskan minyak wangi dan Insya-Allah akan dilancarkan pada Ramadan ini," ujarnya.

Tags / Kata Kunci: Intan Ladyana

iklan

Video

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Kolumnis

iklan

Iklan