Jadi Duta Produk Orang Lebih Berduit – Ruhainies

Diterbitkan: Selasa, 9 Mei 2017 6:30 AM

Ruhainies mengakui pendapatan sebagai duta menjanjikan pulangan yang lebih lumayan. -foto Instagram @ruhainies

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Tatkala ramai selebriti tempatan berlumba-lumba mengeluarkan produk sendiri ketika nama masih 'meletup', lain pula ceritanya dengan pelakon Ruhainies apabila dia lebih selesa menjadi duta produk keluaran syarikat lain.

Lebih menarik apabila Ruhainies sanggup ;membungkus' produk itu sebagai memberi komitmen apabila menjadi penghias wajah barangan yang diwakilinya.

"Sejujurnya pendapatan sebagai duta produk lebih menguntungkan berbanding jual produk sendiri.

"Lebih-lebih lagi apabila nama tersenarai sebagai top 5 dalam sesuatu majlis anugerah, kita akan menjadi tumpuan syarikat pengeluar produk," katanya kepada mStar Online.

Menurut pelakon Hello Mr Perfect itu, dia sudah memperlahankan pengeluaran dan promosi produk kecantikan yang diasaskannya iaitu Ruhainies Rosysecret.

Ruhainies akan memperlahankan karier lakonan sepanjang Ramadan ini. -foto Instgram @ruhainies

"Saya tak hentikan terus tapi sekadar perlahankan buat sementara waktu. Tak ada masa nak promosi produk sendiri.

"Sekarang saya mahu fokus kepada produk orang dulu. Nanti bila sudah tak laku (sebagai duta) baru saya bercadang teruskan kembali," katanya.

Bagaimanapun jelas Ruhainies, 25, dia akan memastikan produk yang diwakilinya benar-benar selamat dan berkesan bagi menjaga nama baiknya sebagai selebriti yang dikenali ramai.

"Kebanyakan peniaga sudah tahu nilai yang saya tentukan untuk menjadi duta produk mereka. Namun paling penting saya perlu cuba dahulu sebelum bersetuju untuk bekerjasama.

"Saya tak terima sebab duit semata-mata melainkan selepas berpuas hati dengan sesuatu produk itu," katanya.

Tambah Ruhainies atau nama penuhnya Ruhainies Ferehah Zainul Ilyas, dia akan berehat sebagai pelakon selama sebulan pada Ramadan ini berikutan terikat dengan komitmen sebagai duta dan aktiviti membuat penampilan khas.

"Saya nak cari duit raya lebih sikit. Saya sudah berjanji untuk buat kemunculan setiap hari sepanjang bulan Ramadan ini. Jadi memang tak boleh nak terlibat dengan pengambaran.

"Menariknya selain dibayar sebagai duta untuk sesuatu tempoh, saya akan menerima bayaran tambahan setiap kali muncul pada majlis yang dianjurkan produk berkenaan.

"Jadi kalau saya tak dapat hadir, tiadalah bayaran untuk hari berkenaan," katanya.

Sementara itu bercerita mengenai karier lakonan, Ruhainies berkata dia baharu sahaja selesai menjalani penggambaran drama Menantu Bilal bagi siaran Ramadan ini.

Selain itu dia akan kembali menjalani pengambaran beberapa drama selepas Ramadan depan seperti Jasmin, Cikgu Dina Pakai Prada ke Paris dan drama rantaian Kelip Kelip Kota London.

Tags / Kata Kunci: Ruhainies

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan