Elica Mahu Balik Sabah Buat Kenduri

Diterbitkan: Isnin, 8 Mei 2017 11:26 AM

Elica juara Mentor Milenia 2017.

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Ramalan awal bahawa kemenangan Mentor Milenia 2017 bakal dimenangi oleh peserta kegemaran ramai iaitu Usop nampaknya meleset apabila gadis berasal dari Sabah Elica diumumkan sebagai juara program realiti itu.

Elica, 17, ketika ditemui juga terkejut dan tidak menjangka dapat menewaskan tiga peserta yang bertanding pada malam final berkenaan.

Pemilik nama sebenar Angelica Paujin ini berkata, kegembiraan itu akan dikongsinya dengan mengadakan sebuah majlis kesyukuran di kediamannya dalam masa terdekat.

Elica berduet bersama Heal Husaini mneerusi lagu Ciretera Cinta.

"Saya merancang untuk balik Sabah pada Khamis ini bagi membuat persiapan kenduri untuk ahli keluarga yang banyak memberi sokongan sepanjang saya berada dalam pertandingan ini.

"Ia juga sebagai meminta restu daripada ibu-bapa saya untuk menceburi bidang ini dan inilah masa saya untuk membalas susah payah mereka selama ini," ujarnya kepada mStar Online.

Elica diumum sebagai juara Mentor Milenia 2017  di Plaza Alam Sentral, malam Ahad. Ia disiarkan di TV3.

Usop menduduki tempat kedua.

Kemenangan tersebut membolehkan Elica membawa pulang wang tunai sebanyak RM100,000 berserta trofi, telefon bimbit Neffos X1 Max dan pakej percutian ke London.

Peserta berasal dari Tambunan, Sabah ini menyanyikan lagu Samar Bayangan dan Ceritera Cinta duet bersama Heal Husaini.

Dalam pada itu, ditanya perancangannya, Elica berkata, buat masa ini dia akan ulang alik dari Sabah ke Kuala Lumpur jika ada sebarang persembahan.

"Buat masa sekarang saya belum ada perancangan untuk berpindah ke Kuala Lumpur tapi ulang alik dari Sabah. Namun jika ada persembahan yang panjang yang memerlukan saya berada dalam tempoh yang lama barulah saya akan tinggal di sini,"ujarnya.

Protege Tomok iaitu Along di tempat ketiga.

Sementara itu, Akim berkata, biarpun sudah tidak melepaskan tanggungjawab sebagai mentor, namun dia berjanji untuk membantu Elica memulakan kerjaya seni dengan sebuah lagu ciptaannya. 

"Saya sudah boleh lepas tangan kerana dia kini berada di bawah pihak pengurusan TV3. Bagaimanapun, pada peringkat awal ini saya akan bantu mana yang termampu.

"Selain itu, saya ada sediakan sebuah lagu ciptaan saya sebagai single pertama dia," ujarnya.

Syeera membawakan lagu Sekadar Di Pinggiran dengan baik.

Pada malam final Mentor Milenia 2017 menyaksikan peserta popular Usop atau nama sebenarnya Muhammad Saiful Naim Muhd Noor, 20, anak didik kepada Hazama pula menduduki tempat kedua dan menerima wang tunai RM50,000.

Manakala, Mohamad Rozaimi Rosli, 20, atau Along yang juga protege Tomok, berpuas hati dengan tempat ketiga dan membawa pulang wang tunai berjumlah RM20,000.

Protege kepada Black, Nur Syaheera Abd Aziz, 19, meraih tempat keempat dengan lagu Sekadar Di Pinggiran dan Di Pintu Syurga. Syeera memenangi wang tunai RM10,000.

Tags / Kata Kunci: Elica

iklan

Video

Jumaat, 18 Ogos 2017 8:00 AM

#akuStar: Slash - Melodi Kasih

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Kolumnis

iklan

Iklan