Kenalkan Isteri Kepada Kucing Antara 10 Perkara Baharu Dibuat Dazrin

Diterbitkan: Isnin, 8 Mei 2017 2:18 PM

Dazrin dan isterinya selamat diijab kabul pada Sabtu.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Hari ini masuk hari ketiga aktor Dazrin Kamarudin bergelar suami kepada wanita pilihannya Nurfazulin Razalin, 33, yang merupakan seorang ketua pramugari sebuah syarikat penerbangan.

Pasangan itu selamat diijab kabul dengan sekali lafaz dalam sebuah majlis di Melaka pada Sabtu lalu dengan dihadiri 200 tetamu kedua-dua belah pihak.

Tentunya sebagai suami, banyak perkara baharu yang dilalui Dazrin. Maklumlah... sebelum ni jadi orang bujang.

Meh kita tanya  apakah yang menarik dalam hidup Dazrin selepas tiga hari menjadi suami.

Pasangan ini diijab kabul dalam sebuah majlis pada Sabtu lalu. FOTO The Vinyl Films

Berikut merupakan 10 perkara baharu yang dilalui Dazrin sebagai suami

1. Saya sudah bawa isteri saya ke rumah semalam (Ahad) di Puchong, Selangor. Penat juga kena kemas banyak barang dia. Barang orang perempuan faham-faham ajelah ye...

2. Perkara lain pula, saya sudah minta restu ibu-bapa dia untuk bawa anak mereka tinggal bersama saya.

3. Hari ni memang menarik. Pagi ni kali pertama saya bangun sudah ada kopi dan sarapan pagi, selalunya saya yang kena buat sendiri hehe... untung sangat.

4. 'Sweet' sangat isteri saya ni. Baju saya dah siap disusun tau. Tak payah nak gosok-gosok. Capai, terus pakai... habis cerita.

5. Ada orang teman saya kemana-mana, tidaklah pergi 'sorang-sorang' macam selalu.

6. Hari ni ada orang yang ingatkan saya perkara-perkara penting untuk dilakukan. Isteri saya ada ingatkan saya agar balik ke Melaka untuk sambut hari jadi bapa saya pada hari ini. Kalau tidak... memang akan terlupalah.

7. Buat keputusan secara bersama walaupun hanya perkara kecil seperti makan di mana.

8. Masa saya jadi lebih teratur kerana dia seorang yang mementingkan masa dan tidak suka saya lewat. Setiap perkara kena dua jam lebih awal, maklumlah... dia kan pramugari... sudah terbiasa buat sesuatu awal beberapa jam. Saya pula jenis yang suka datang lambat hehehe.

9. Alamak... saya dah kena 'sound'. Isteri pesan kena selalu jaga hati orang lain ketika bercakap. Dia tidak suka saya cakap lepas yang tidak memikirkan perasaan orang lain.

10. Saya juga sudah kenalkan dia dengan lapan ekor kucing yang saya bela di rumah. Alhamdulillah dia juga seorang yang sukakan kucing. Maklumlah kucing saya sebelum ini hanya kenal saya seorang sahaja sebagai tuan rumah.

Dazrin minta izin keluarga mertua bawa isteri pindah ke rumahnya.

Sementara itu, ditanya tentang rancangan berbulan madu, Dazrin berkata, dia masih belum mempunyai masa yang sesuai disebabkan jadual lakonan yang padat.

"Alhamdulillah, mungkin rezeki berkahwin, banyak pula tawaran datang, saya kena masuk penggambaran 20 episod dengan Skop Production dan selepas itu ada dua lagi drama episod yang sudah confirm.

"Insya-Allah selepas hari raya Aidilfitri nanti baru kami fikirkan untuk berbulan madu," ujarnya.

Dazrin berkata, majlis resepsi untuk ahli keluarga, rakan-rakan dan peminat akan diadakan pada 22 dan 23 Julai depan di Melaka.

Tags / Kata Kunci: Dazrin Kamarudin

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan