Adira Pantau Pembantu Jaga Anak

Diterbitkan: Isnin, 8 Mei 2017 6:30 AM

Adira semakin seronok bergelar ibu kepada Anggerik yang dilahirkan pada Mac lalu. Foto Instagram @adira.suhaimi

(Ubah saiz teks)

SEMENJAK akhir-akhir ini banyak kes penderaan terhadap bayi yang ditinggalkan di bawah jagaan pengasuh atau pembantu rumah.

Senario itu membuatkan ramai ibu-bapa takut hendak memberi kepercayaan kepada orang lain menjaga zuriat mereka.

Bagi penyanyi Adira, walaupun dia menggunakan khidmat pembantu bagi menjaga anaknya, Anggerik namun dia sentiasa memastikan aktiviti pembantunya itu dipantau.

"Alhamdulillah pembantu saya okey setakat ini dan banyak membantu saya dalam menguruskan Anggerik.

Adira berat hati apabila terpaksa tinggalkan anak dirumah.

"Pada awalnya bimbang juga tetapi saya ini ada gerak hati apabila mengenali seseorang dan perasaan yang baik apabila berjumpa dengan pembantu.

"Tetapi itu tidak bererti saya tidak melakukan pemantauan kerana ingin berjaga-jaga," katanya kepada mStar Online.

Faktor pembantunya yang sudah lama menetap di negara ini dan mempunyai tiga anak juga membuatkan dia bertambah lega kerana yakin dia lebih memahami naluri seorang ibu.

"Saya berat hati juga untuk ambil pembantu tetapi wanita ini suami saya yang cari dan dia pun sudah lama berada di Malaysia dan mempunyai tiga orang anak.

"Jadi sedikit sebanyak saya berasa lega kerana dia (pembantu) juga seorang ibu selain mempunyai banyak pengalaman," katanya.

Dalam pada itu, Adira berkata, seperti kebanyakan ibu lain, dia juga berasa berat hati apabila perlu meninggalkan anaknya untuk keluar bekerja.

Bagaimanapun katanya, dia akan membawa anaknya jika keadaan mengizinkan atau memastikan dia pulang ke rumah secepat mungkin selepas selesai bekerja.

"Sejak bergelar ibu hati itu sentiasa teringat pada anak sahaja dan kalau keadaan mengizinkan memang saya bawa dia ke mana sahaja saya pergi.

"Anggerik pula masih menyusu badan, jadi kalau tidak bawa dia bersama saya akan pulang segera ke rumah sejurus selesai kerja," katanya.

Bercakap mengenai perkembangan terbaharunya, Adira berkata, dia bakal muncul dengan single terbaharu tidak lama lagi.

Malah dia kini sudah kembali aktif memenuhi undangan nyanyian selain namanya turut tercalon menerusi kategori Artis Sensasi Popular pada Anugerah Bintang Popular Berita Harian 3.0 (ABPBH3.0) yang bakal berlangsung pada 14 Mei ini.

Tags / Kata Kunci: Adira

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan