Projector Band Bukan Mat Rempit Lupa Daratan - Berita Hiburan | mStar

Projector Band Bukan Mat Rempit Lupa Daratan

Diterbitkan: Ahad, 7 Mei 2017 6:20 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Ketua kumpulan dan gitaris Projector Band, Razif memberitahu, mereka bukanlah geng kaki motor atau mat rempit sebelum menceburkan diri sebagai penyanyi.

Razif berkata, sejak meraih populariti mendadak pada tahun lalu menerusi lagu Sudah Ku Tahu, ramai yang menuduh mereka sudah lupa daratan.

"Ramai beri komen-komen yang kami sudah lupa daratan, sudah tidak mahu merempit lagi tapi kami dari dulu bukan jenis kaki motor.

"Cuma adik saya yang bekerja di bengkel dan tahu serba sedikit tentang moto. Saya pula dulu bekerja di rumah mayat, manakala vokalis kami masih belajar," ujarnya kepada mStar Online.

Projector Band ketika membuat persembahan pada AJL yang lalu.

Selain Razif, adiknya Muhammad Safiq selaku pemain dram kumpulan tersebut.

Projector Band turut dianggotai oleh Iskandar Zulkarnain Shafin, 24, selaku vokalis, Isnaidi Eidham Razali, 22, (gitar) dan Ahmad Khusairi Shaferi, 27, (basis).

Dalam pada itu, Razif berkata, dia tidak menolak lagu-lagu ciptaannya diminati oleh golongan berkenaan.

Selain itu, ditanya tentang sokongan ahli keluarga apabila kedua-dua mereka memilih keputusan menjadi ahli muzik, Razif berkata, ibunya semakin yang dengan masa depan mereka dalam industri seni.

"Pada awalnya ibu memang marah setiap kali saya dan adik buat bising dan menyanyi di rumah. Mereka kata tiada masa depan.

"Tapi sekarang ibu sudah faham dan terima kerjaya nyanyian ini, malah ibu saya sering mengikut kami membuat persembahan," ujarnya.

Tags / Kata Kunci: Projector Band
   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan