Black Bataskan Hubungan Dengan Protege

Diterbitkan: Ahad, 7 Mei 2017 3:06 PM

Black bersama protogenya, Syeera.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Penyanyi Black Hanifah yang juga merupakan mentor kepada Syeera dalam program Mentor Milenia 2017 membataskan hubungan rapat seperti yang pernah dilakukan pada program sebelum ini.

Black, 30, berkata, perkara itu dilakukan bagi memudahkan lagi cara pengajaran antara dia dengan anak didiknya itu Syeera atau nama sebenarnya Nur Syaheera Abd Aziz.

Black Hanafiah

"Mentor kali ini saya ambil langkah untuk tidak mempunyai hubungan yang terlampau rapat dengan protege.

"Saya bimbing dan ajar dia mengikut jadual yang ditetapkan, tidak seperti tahun lalu yang mana saya benar-benar rapat dengan kedua-dua protege saya.

"Saya nampak hubungan rapat tersebut tidak membantu malah menyukarkan saya untuk membuat satu keputusan," ujarnya kepada mStar Online.

Bagaimanapun, Black atau Hanifah Md Hanafiah berkata, dia masih mengalas tanggungjawab tersebut dengan baik dalam memastikan Syeera memberi persembahan yang memuaskan pada setiap minggu.

Syeera bersama tiga protege lain iaitu Usop (Hazama), Along (Tomok) dan Elica (Akim).

Empat protege tersebut bakal berentap di pentas akhir Mentor Milenia 2017 yang bakal berlangsung pada malam ini (Ahad).

Dalam pada itu, Black berkata, dia berasa sedikit simpati terhadap Syeera apabila sering menjadi bahan kecaman netizen di media sosial.

Bagaimanapun, Black berkata, kecaman dan kritikan terhadap anak didiknya itu lebih menguatkan Syeera menjadi lebih kuat dan bersedia bergelar seorang artis.

"Saya kesihan dekat dia kerana sering kena kritik di laman sosial, ada sahaja yang orang marah dan tidak suka.

"Tapi saya percaya jika mereka kecam bermakna mereka beri perhatian terhadap persembahannya. Sebab itu juga saya beritahu dia jangan buat salah kerana ramai yang cari salah dia," ujarnya.

Selain itu, ditanya tentang persiapannya pada malam ini, Black berkata, dia memastikan Syeera melakukan persembahan terbaik.

Katanya, dia juga mempunyai perancangan besar buat peserta itu selepas tamat program tersebut.

Tags / Kata Kunci: Black Hanafiah

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan