Siti Nurhaliza Sasar 'SimetriSiti' Dicalonkan AIM

Diterbitkan: Sabtu, 6 Mei 2017 6:45 AM

Siti mengakui berharap agar SimetriSiti tercalon dalam AIM akan datang. -foto NORAFIFI EHSAN / The Star

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Penyanyi terkenal Datuk Siti Nurhaliza menyasarkan album studio terbaharunya berjudul SimetriSiti akan dicalonkan untuk Anugerah Industri Muzik (AIM) akan datang.

Siti berkata, hasratnya itu bukan hanya untuk dirinya sendiri sebaliknya seluruh tenaga kerja yang terbabit dalam penerbitan album berkenaan.

"Tidak malu saya akui memang saya buat album kerana sasar untuk mendapat pencalonan pada AIM.

Siti turut menggubah sebuah lagu berjudul Penghiburku dalam album SimetriSiti.

"Ini kerana itu sahaja platform untuk menghargai semua usaha keras penerbit, komposer, penulis lirik, jurutera malah pereka kulit album memandangkan AIM adalah sebuah anugerah berprestij," katanya.

Siti ditemui pada sidang media pelancaran album terbaharunya itu yang diadakan di sini, Jumaat.

Album yang mempunyai 10 buah lagu itu menyaksikan Siti bekerjasama dengan komposer dan penulis lirik seperti Aubrey Suwito, Yasin Sulaiman, Sulu Sarawak, Ad Samad, Opick, Habsah Hassan dan Ivan Lahardika.

Antara lagu yang dimuatkan dalam album itu adalah Segala Perasaan, Aku Bukan Malaikat, Manis Terindah, Bersandar Cinta, Penghiburku dan Ikrar Cinta.

Dalam pada itu, Siti berkata, kebangkitan beberapa artis yang tampil dengan album penuh dilihat sebagai tanda positif kepada pembangunan industri muzik.

Malah Siti melihat ia sebagai persaingan sihat dalam memastikan produk yang dihasilkan berkualiti dan menepati citarasa peminat.

"Saya kalau boleh memang ingin keluar album penuh kerana peminat inginkan lagu-lagu baharu.

"Kebangkitan ramai penyanyi tampil dengan album baharu adalah petanda positif untuk industri muzik tempatan," katanya.

Bercakap lanjut mengenai SimetriSiti, Siti berkata, dia turut berduet bersama penyanyi Indonesia iaitu Judika menerusi lagu Kisah Ku Inginkan.

SimetriSiti akan berada di pasaran secara fizikal dan digital bermula 10 Mei ini.

Siti memberitahu istimewanya album ini, dia turut menggubah sebuah lagu berjudul Penghiburku yang turut menampilkan penyanyi rap, Joe Flizzow yang ditujukan kepada peminatnya.

"Melodi lagu Penghiburku saya dapat ilham ketika berada di hospital bagi menantikan menantu saya bersalin manakala liriknya pula ditulis ketika sesi rakaman lagu itu yang diterbitkan oleh Sze Wan.

"Saya hasilkan lagu itu khas buat peminat yang saya sifatkan sebagai penghibur saya," ujarnya.

Sementara itu, Siti memberitahu dia gembira apabila tempahan awal albumnya di Lazada habis hanya dalam masa 20 minit ia dilancarkan.

"Alhamdulillah tempahan daripada 300 pembeli terawal habis terjual hanya dalam masa 20 minit," ujarnya.

SimetriSiti akan berada di pasaran secara fizikal dan digital bermula 10 Mei ini serentak di Malaysia, Singapura, Brunei dan Indonesia.

Tags / Kata Kunci: Siti Nurhaliza

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan