DJ Lin Optomis Kekalkan Kemenangan Penyampai Radio Popular

Diterbitkan: Sabtu, 6 Mei 2017 6:30 AM

DJ Lin tercalon menerusi kategori Penyampai Radio Popular, Anugerah Bintang Popular Berita Harian 3.0.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Penyampai radio Suria FM, DJ Lin optimis dapat mengekalkan kemenangannya menerusi kategori Penyampai Radio Popular pada Anugerah Bintang Popular Berita Harian 3.0 (ABPBH3.0) yang akan berlangsung pada 14 Mei ini.

DJ Lin yang popular menerusi segmen Suria Cinta itu berkata, dia berasa yakin apabila melihat trend kemenangan penyampai radio terdahulu yang konsisten sebelum ini.

"Jika dilihat pada trend ABPBH menerusi kategori itu, kemenangan pemenang sebelum ini seperti Linda Onn dan Fara Fauzana konsisten selama beberapa tahun.

"Harapnya dapat kekalkan kemenangan sama pada tahun lalu dan sekurang-kurangnya untuk dua tiga tahun lagi," katanya kepada mStar Online.

DJ Lin atau Roslinda Abd Majid, 40, pertama kali memenangi trofi Penyampai Radio Popular ABPBH pada tahun lalu.

Manakala pada edisi tahun ini bakal menyaksikan DJ Lin bersaing dengan Johan (Era FM), Haiza (Kool FM), Ikhwan (Kool FM), Johan (Era FM) dan Radin (Era FM).

Dalam pada itu, DJ Lin mengakui Johan adalah saingan terdekatnya bagi merebut gelaran itu.

Bagaimanapun katanya, dia yakin dapat mempertahankan kemenangan itu kerana Suria Cinta dan namanya masih relevan malah mempunyai pengaruh tersendiri.

"Tetapi pada akhirnya kemenangan itu ditentukan oleh undian peminat dan selebihnya kita serahkan kepada takdir.

"Tertekan itu memang ada kerana saya bukan sahaja membawa nama sendiri tetapi Suria FM, Suria Cinta dan peminat yang sentiasa menyokong," jelasnya.

Tags / Kata Kunci: DJ Lin , Suria Cinta , Suria FM , ABPBH3.0

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Kolumnis

iklan

Iklan