Buku Fattah Diiktiraf Negara, Nak Kecam, Kecamlah!

Diterbitkan: Jumaat, 5 Mei 2017 6:30 AM

Fattah Amin tak hirau buku tulisannya menerima kecaman. FOTO: Shaari Che Mat

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kecamlah apa sahaja, namun penulis buku 99 Kata-Kata #QalifModen Fattah Amin tidak sesekali terkesan dengan penghinaan masyarakat terhadapnya selepas dia menerima anugerah kerana karya itu. 

Malah munurut Fattah, kejayaan karya pertamanya itu hingga diangkat sebagai penerima kategori Buku Popular di Anugerah Buku Negara 2017 baru-baru ini adalah bukti bahawa naskhah tersebut mempunyai kualiti yang tersendiri. 

"Ini adalah anugerah yang diiktiraf oleh negara, anugerah yang tak mudah untuk diperoleh. 

"Jadi bila negara mengiktiraf buku ini, saya anggap ia adalah satu pencapaian dan rezeki," katanya kepada mStar Online. 

Fattah, 27, ditemui pada majlis pengumuman Top 5 Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 3.0 di Galeri Prima di sini, Khamis. 

Fattah Amin

Dia diminta mengulas mengenai kecaman netizen di media sosial yang secara berterusan mempertikaikan buku pertamanya itu. 

Pelakon drama Suri Hati Mr Pilot tersebut merupakan artis pertama yang menerima anugerah di acara yang memberi pengiktirafan kepada penulis-penulis buku. 

Ditanya sama ada dia berkecil hati apabila masih ada pihak yang mempertikaikan kemenangannya itu, Fattah berkata perkara sudah menjadi asam garam dalam dunia hiburan. 

"Kritikan itu biasa, yang positif saya ambil dan yang negatif saya ubah dan perbaiki. 

"Dalam industri seni kita terbuka kepada krtikan dan komen. Waktu mula-mula saya muncul dulu pun orang dah kritik," katanya. 

Mengulas lebih lanjut mengenai pengiktrafan itu, Fattah yang baharu sahaja melancarkan novel Wanita Terakhir berkata dia tidak menyangka hasil coretannya selama ini dipandang tinggi golongan penulis buku. 

"Kemenangan dalam kategori Buku Popular adalah hasil sokongan peminat dan pembeli yang menyokong buku saya. 

"Saya tak letak sebarang harapan untuk menang apa-apa anugerah kerana idea asalnya ialah ia dibuat untuk peminat sebagai cenderahati," katanya. 

Dalam pada itu Fattah tersenarai dalam tiga kategori ABPBH 3.0 iaitu Pelakon TV Lelaki Popular, Gandingan Serasi Drama dan Artis Sensasi.

Tags / Kata Kunci: Fattah Amin

iklan

Video

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Selasa, 15 Ogos 2017 9:00 AM

Abang Long Fadil 2 Telan Belanja RM 3.2 Juta

Kolumnis

iklan

Iklan