Tak Sensasi, Orang Tak Ingat Dik!, Kata Elly Mazlein

Diterbitkan: Jumaat, 5 Mei 2017 6:31 AM

Elly Mazlein sukakan kontroversi. FOTO: Shaari Che Mat

(Ubah saiz teks)

APABILA sebut Elly Mazlein atau Kak Lina Pom Pom, nama itu tidak akan terpisah dengan kontroversi dan kisah sensasi. 

Tapi ‘bestnya’ Elly ni, dia tak pernah lari untuk menempuh kontroversi mahupun melarikan diri daripada media. 

Malah kata Elly, dia memang suka dengan kontroversi dan sensasi gitu. Kalau tak ‘hot’, tak payah la jadi artis, kan? 

"Saya suka dengan gelaran artis sensasi dan kontroversi. Kalau tak sensasi orang tak ingat dik. Janji meletup! 

"Jangan hipokrit kerana itu memang hakikat bahawa saya memang banyak kisah sensasi yang sering diperkatakan dan menjadi perhatian peminat," katanya kepada mStar Online. 

Elly ditemui pada sidang media pengumuman senarai Top 5 Anugerah Bintang Popular Berita Harian 3.0 (ABPBH3.0) yang diadakan di Galeri Prima, NSTP Bangsar, Khamis. 

Elly Mazlein

Elly dicalonkan untuk kategori Artis Sensasi Popular bersama empat calon lain iaitu Adira, Neelofa, Fattah Amin dan Uqasha Senrose. 

Bagaimanapun kata Elly dia tidak memandang perkara itu sebagai negatif sebaliknya melihat daripada sudut positif. 

Akuinya, kerana kontroversi yang melanda rumah tangganya dengan pengarah Azmi Hatta sejak tahun lalu, ia telah membuka banyak peluang untuknya kembali bangkit dalam bidang seni. 

"Selepas berkahwin saya fokus menjadi seorang isteri dan banyak memperlahankan karier seni saya. 

"Tetapi sejak bercerai dan dilanda pelbagai kontroversi Alhamdulillah semuanya ada hikmah. 

"Kerana sensasi dan kontroversi saya dapat masuk Gegar Vaganza, rakam single terbaharu dan kembali menghangatkan indistri muzik yang telah agak lama saya tinggalkan," ujarnya. 

Mengulas mengenai pencalonannya menerusi kategori itu, Elly berkata, dia menyifatkan ia sebagai pengiktirafan kepada karier seninya. 

Bagaimanapun dia meletakkan soal kemenangan kepada peminatnya untuk membuat undian. 

"Seperti kebanyakan artis lain, saya juga akan berkempen dengan peminat namun selebihnya saya serahkan kepada mereka untuk membuat undian. 

"Selain gembira dengan pencalonan itu, saya juga teruja kerana akan mengadakan persembahan penutup pada acara itu nanti," katanya.

 

Tags / Kata Kunci: Elly Mazlein

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan