“Lagu ‘Aishah’ Itu Saya Punya” – Razif (Projector Band)

Diterbitkan: Rabu, 3 Mei 2017 6:30 AM

Razif (dua dari kanan) bersama anggota Projector Band bakal keluar single ketiga berjudul 'Aishah'.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Gitaris Projector Band, Razif Zainuddin atau angah memberitahu lagu yang menjadi tular di laman YouTube berjudul Aishah merupakan hasil ciptaannya yang akan dijadikan sebagai single ketiga mereka.

Razif, 25, berkata, lagu yang dimuat naik di laman sosial pada 2013 itu menjadi tular apabila seorang individu berasal dari Sabah menyanyikan semula lagu berkenaan.

"Lagu Aishah merupakan lagu ciptaan saya, ia dimuat naik di laman YouTube pada tahun 2013, ketika itu saya bersama kumpulan lama iaitu Satu Band.

"Lagu itu baru-baru ini menjadi viral selepas seorang lelaki menyanyikannya semula dan memuat naik di YouTube miliknya tanpa meletakkan hasil cipta mana-mana pihak. Perkara itu membuatkan orang menyangka ia adalah hasil karya individu itu," ujarnya kepada mStar Online.

Projector Band ditemui pada majlis sidang media Temu Duga Terbuka SL1M Peringkat Zon Utara Dan Festival Keusahawanan Industri Asas Tani yang diadakan di Hotel Impiana, KLCC, di sini Selasa.

Projector Band turut dianggotai oleh Iskandar Zulkarnain Shafin, 24, selaku vokalis, Muhammad Safiq Zainuddin, 23, (dram); Isnaidi Eidham Razali, 22, (gitar) dan Ahmad Khusairi Shaferi, 27, (basis).

Lagu Aishah dimuat naik di laman YouTube berjudul Aisyah Original Song - Chin itu pada 2 Mei 2016 menerima lebih 300,000 tontonan YouTube.

Manakala, lagu itu dinyanyikan oleh beberapa pengguna laman sosial lagi sehingga menjadi viral dan menerima tontonan hampir satu juta di YouTube.

Tambah Razif, perkara itu akan menimbulkan kekeliruan oleh banyak pihak yang tidak tahu tentang pencipta sebenarnya.

"Orang masih lagi tidak tahu itu lagu kami, cuma kami bimbang bila keluar lagu ini akan membuatkan orang ramai keliru.

"Namun, saya sudah lama daftarkan lagu itu di MACP dan tiada masalah daripada segi hak cipta," ujarnya.

Sementara itu, Razif berkata, disebabkan perkara tersebut, mereka juga sepakat untuk menjadikan Aishah sebagai single ketiga yang akan dilancarkan dalam masa terdekat.

Katanya, lagu tersebut juga berbeza daripada lagu sebelum ini, yang mana lebih mudah untuk diingati.

"Sepatutnya lagu ketiga ialah Sudah Ku Tahu 2, kerana saya ada enam buah lagu sambungan Sudah Ku Tahu tapi memandangkan Aishah sudah mendapat tempat kami keluarkan yang itu dahulu," ujarnya.

Tags / Kata Kunci: Projector Band , Aishah

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan