“Elak Lawak Lucah, Persenda Nama Orang” - Azlee (Senario)

Diterbitkan: Rabu, 3 Mei 2017 6:30 AM

Azlee (kiri) bersama Ilya yakin kumpulan Senario masih mempunyai peminat yang tersendiri. -foto LOW BOON TAT / The Star

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Ketelanjuran pelawak dan pengacara Ammar Titan mempersendakan nama bapa bekas pelari pecut negara, Watson Nyambek mengundang keresahan salah seorang anggota kumpulan lawak veteren, Senario.

Menurut Azlee Jaafar, sikap segelintir pelawak muda yang suka menyelitkan unsur lucah atau mempersendakan nama seseorang semata-mata mahu menggeletek hati penonton seharusnya perlu dikikis.

"Nak jadi pelawak kena bijak, jangan sampai menyinggung orang. Sebelum lontarkan apa-apa dialog, kena fikir duhulu. Lawak perlu berpada-pada.

"Sebagai pelawak kita kena jaga sensitiviti. Kena ingat program lawak ditonton oleh semua lapisan masyarakat, jadi cuba elakkan dengan lawak lucah," katanya kepada mStar Online.

Azlee dan Ilya bersama empat lagi anggota Senario bakal mengubat kerinduan peminat menerusi Konsert Komedi.

Azlee ditemui semasa majlis pelancaran program baharu terbitan Astro Warna berjudul Konsert Komedi di kelab komedi LOL di Trec di sini, Selasa.

Mengulas mengenai kontroversi yang dicetuskan Ammar, Azlee berkata perkara itu harus menjadi iktibar kepada semua pihak.

"Bukan sahaja pelawak, tapi sebagai selebriti kita adalah cerminan masyarakat.

"Kena berhati-hati sebelum bercakap. Dalam isu babitkan Watson Nyambek, kita kena ingat dia adalah atelit yang pernah harumkan nama negara. Dia juga adalah seorang bintang, jangan persendakan nama bapa dia," katanya.

Tambah Azlee, beliau yakin situasi yang berlaku terhadap Ammar bukan disebabkan pelawak itu tidak melakukan kajian terhadap subjek yang ingin diperkatakannya.

"Ia pastinya berlaku secara spontan. Dia bercakap tanpa fikir apa yang akan berlaku atau kesannya selepas itu.

"Ia perlu menjadi pengajaran agar tidak diulangi kesalaha yang sama," katanya.

Ammar atau nama sebenarnya Azizul Amar Abu Hassan kini digantung tugas akibat satu lawaknya yang tersiar dalam program Sukan Tidak Sentral terbitan TV3.

Walaupun sudah mengemukakan permohonan maaf, tindakan Amar yang seperti kambing mengembek ketika menyebut nama bekas jaguh pecut negara itu masih tidak berkesudahan.

Antara selebriti yang akan terlibat dalam Konsert Komedi di Astro Warna.

Selain tidak menerima permohonan maaf itu, Watson bertegas mahu perkara itu dibawa ke peringkat seterusnya selepas dia membuat laporan polis pada 24 April lalu.

Sementara itu Azlee berkata kumpulan Senario diberi kepercayaan untuk tampil mengendalikan salah satu episod Konsert Komedi yang akan memulakan siaran pada 12 Mei ini.

Konsert Komedi bakal menyaksikan persembahan nyanyian eksklusif yang diselangi dengan sketsa oleh pelawak yang bertanggungjawab bersama selebriti jemputan mereka.

Selain Senario, pemain komedi lain yang akan mengemudi program ini ialah Baik Punya Cilok (Datuk Hans Isaac, Datuk Awie dan Afdlin Shauki), Shiro, Zero, Bocey, Nabil, Sepahtu dan Datuk AC Mizal.

Tags / Kata Kunci: Azlee Senario

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan