Usop (Mentor Milenia) Ulangi 'Fenomena Mawi'

Diterbitkan: Selasa, 2 Mei 2017 6:00 AM

Usop punyai fenomena tersendiri.

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Populariti mendadak yang diraih peserta Mentor Milenia 2017, Usop seperti mengulangi kembali fenomena Mawi di program realiti Akademi Fantasia 3.

Mentornya Hazama, berkata, apa juga yang dilakukan oleh Usop atau nama sebenarnya Muhammad Saiful Naim Muhd Noor, 20, itu di pentas persembahan sering mendapat perhatian penonton.

"Dia seperti kembalikan fenomena yang terjadi pada Mawi dahulu yang mana orang tidak tengok dia nyanyi bagus atau tidak.

"Penonton hanya mahu tengok dia sahaja, sebab itu saya keluarkan karakter dalam dirinya dan minta dia nyanyi lagu-lagu yang sesuai dengan karakternya sahaja," ujarnya kepada mStar Online.


Usop bersama mentornya Hazama.

Hazama berkata demikian pada sidang media selepas persembahan separuh akhir Mentor Milenia 2017 yang diadakan di Sri Pentas 2, di sini, malam Ahad.

Pada acara itu, Ucop, Syeera (Black), Elica (Akim) dan Along (Tomok) berjaya mara ke peringkat akhir program realiti berkenaan.

Sementara itu, ditanya tentang nama Usop disebut-sebut bakal menjuarai program berkenaan, Hazama berkata, dia tidak memikirkan soal tersebut.

"Sama ada dia menang atau tidak, itu bergantung pada persembahannya malam tersebut, namun yang penting bagi saya dia sudah pun menjadi juara di hati masyarakat.

"Saya juga sudah ada rancangan untuk dia selepas berkakhirnya program ini, serta mencari lagu yang sesuai untuknya," ujarnya.

Sementara itu Usop berkata, dia menghargai sokongan luar biasa peminat terhadapnya sejak memasuki program realiti berkenaan.

Ujar Usop, dia akan melakukan yang terbaik pada malam final program itu minggu hadapan.

"Saya terharu apabila menerima sokongan peminat yang mahu melihat saya menjadi juara. Saya tidak boleh berjanji tentang itu, sebaliknya saya akan pastikan untuk beri persembahan terbaik," ujarnya.

Tags / Kata Kunci: Usop , Mentor Milenia 2017

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan