Rezeki Bertambah Sejak Mula Bertunang - Joy Revfa

Diterbitkan: Selasa, 2 Mei 2017 6:15 AM

Termateri Kasih Hafiz Hamidun & Joy Revfa

  • 1 of 9
  • HafizJoy

    Hafiz dan Joy dinikahkan oleh Imam Masjid Tun Uda, Firdaus Subhi. -foto RICKY LAI / The Star

  • HafizJoy

    Joy menerima mas kahwin sebanyak RM1,000 daripada pengantin lelaki sementara jumlah wang hantaran dirahsiakan. -foto RICKY LAI / The Star

  • HafizJoy

    Hafiz memakaikan rantai tangan kepada isterinya, Joy Revfa. -foto RICKY LAI / The Star

  • HafizJoy

    Joy menyarungkan cincin ke jari Hafiz sebaik sahaja pasangan itu sah bergelar suami isteri. -foto RICKY LAI / The Star

  • HafizJoy

    Kek indah sempena majlis pernikahan ini hasil sentuhan Anies Bake House. -foto RICKY LAI / The Star

  • HafizJoy

    ROMANTIS... Hafiz menyuapkan kek kepada isterinya, Joy Revfa. -foto RICKY LAI / The Star

  • HafizJoy

    Busana serba putih yang dipakai kedua-dua mempelai adalah hasil rekaan butik Cosry. -foto RICKY LAI / The Star

  • HafizJoy

    Kucupan pertama Hafiz kepada isterinya, Joy. -foto RICKY LAI / The Star

  • HafizJoy

    Pasangan pengantin merakamkan gambar kenangan bersama ibu bapa Hafiz. -foto RICKY LAI / The Star

x
(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Isteri kepada penyanyi Hafiz Hamidun iaitu Joy Revfa mengakui rezekinya lebih murah selepas mereka mengikat tali pertunangan pada 22 Mac lalu.

Joy, 30, berkata, selain peningkatan pengikut di media sosial, perniagaan kosmetiknya Merve juga semakin mendapat sambutan.

"Alhamdulillah, sejak bertunang lalu rezeki kami mencurah-curah. Selain pengikut lebih ramai dan peniagaan kosmetik saya juga lebih dikenali.

"Namun, itu bukanlah tujuan saya berkahwin dengan dia (Hafiz), kami ingin membina sebuah keluarga yang diberkati," ujarnya kepada mStar Online.

Terdahulu, Hafiz selamat bergelar suaminya kepada Joy atau nama sebenarnya Siti Arifah Amin dengan sekali lafaz dalam sebuah majlis sederhana yang diadakan di Masjid Negeri Shah Alam, pada Isnin.

Hafiz memakaikan rantai tangan kepada Joy Revfa.

Joy sebelum ini pernah berkahwin dan mempunyai seorang anak lelaki Arryan Firdaus yang kini berusia tiga tahun.

Dalam pada itu, ditanya tentang persediaannya bergelar isteri selebriti, Joy berkata, dia sedia untuk mengharunginya bersama.

"Saya sendiri sering dikritik di laman sosial, jadi tidak ada masalah tentang itu. Orang yang mengkritik itu sebenarnya memberi perhatian kepada kehidupan kami," ujarnya.

Sementara itu, Hafiz berkata, dia belum ada perancangan tentang anak, sebaliknya  ingin membesarkan anak tirinya bersama-sama.

Bagaimanapun, dia tidak menolak jika dikurniakan cahaya mata dalam masa terdekat.

"Kami belum fikir tentang anak lagi, buat masa sekarang saya ingin bersama-sama isteri membesarkan anaknya iaitu Arryan," ujarnya.

Pasangan ini bakal berbulan madu di Taiwan pada minggu depan selain merancang untuk menunaikan umrah.

Tags / Kata Kunci: Joy Revfa , Hafiz Hamidun

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan