Shima Anuar Tidak Gentar Kemunculan Pelakon Baharu

Diterbitkan: Isnin, 1 Mei 2017 5:30 AM

Shima Anuar

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Aktres Shima Anuar memberitahu dia tidak pernah gentar dengan kemunculan pelakon-pelakon baharu yang tumbuh bagaikan cendawan dalam industri hiburan tanah air.

Shima, 26, berkata, apa yang penting ialah dia perlu menjaga kualiti lakonannya dan mendapat kepercayaan pengarah dalam membawakan sesuatu watak.

"Saya tidak kisah jika banyak pelakon-pelakon baru yang muncul sekarang ini. Bagi saya bakat dan kualiti lakonan yang perlu kita bimbangkan agar terus mendapat kepercayaan pengarah.

"Jika kualiti bagus, seramai mana pun pelakon baru, kita akan terus bertahan," ujarnya kepada mStar Online.

Shima akan terus aktif sebagai pelakon selepas bergelar isteri.

Pelakon filem Nasi Tangas ini mengulas tentang kemunculan artis baharu yang memberi persaingan terhadapnya dalam industri.

Tambah Shima, dia suka persaingan yang sihat dan memberi semangat kepadanya untuk terus berada dalam bidang seni.

Sementara itu, Shima yang baharu mendirikan rumah tangga awal bulan lalu memgakui tiada perancangan untuk berhenti berlakon bagi menumpulan perhatian kepada keluarga.

Katanya, suami tidak pernah mengalang, malah menggalakkan dia terus berada dalam bidang lakonan.

"Saya suka bekerja dan saya tidak biasa duduk rumah lama-lama. Saya akan meneruskan kerjaya lakonan seperti biasa " ujarnya.

Aktres ini selamat bergelar isteri kepada ahli perniagaan Mohd Solih Toha, 41, pada 8 April lalu dalam sebuah majlis yang diadakan di kediamannya di Rawang, Selangor.

Tags / Kata Kunci: Shima Anuar

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Kolumnis

iklan

Iklan