Mentor Milenia 2017: Usop Ke Final, Balqis Tersingkir

Diterbitkan: Ahad, 30 April 2017 11:28 PM

Balqid gagal mara ke final Mentor Milenia minggu depan.

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Konsert separuh akhir Mentor Milenia 2017 menyaksikan empat protoge iaitu Usop, Along, Syeera dan Elica bakal berentap ke pentas final program realiti itu pada Ahad depan.

Bagaimanapun, protoge kepada Hazama iaitu Balqis terkandas selepas mendapat undian terendah pada persembahan yang berlangsung di Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral di sini, malam Ahad.

Pada malam berkenaan, kesemua protoge dikehendaki membuat persembahan solo dan duet bersama mentor masing-masing.

Sementara itu, Usop diumum sebagai juara mingguan sekaligus membawa pulang hadiah sumbangan TV3.

Usop atau nama sebenarnya Muhammad Saiful Naim Muhd Noor mendendangkan lagu Hati Mati dan Kasihnya Laila duet bersama Hazama.

Acara turut dimeriahkan dengan persembahan peserta pilihan pada sesi uji bakat iaitu Wal Ikram.

Juri profesional bagi konsert separuh akhir Mentor Milenia ialah Datuk Hattan dan Misha Omar.

Keputusan persembahan protoge terletak kepada juri profesional sebanyak 50 peratus, laman web 30 peratus dan 20 peratus daripada juri awam.

Program tersebut dihoskan oleh Issey Fazlisham dan Marsha Milan Londoh.

Tags / Kata Kunci: Mentor Milenia

iklan

Video

Khamis, 24 Ogos 2017 3:30 PM

Ebba Tak Minat Jadi Jurutera

Khamis, 24 Ogos 2017 12:38 PM

Wan Sharmila Kena 'Badi' Cinta

Khamis, 24 Ogos 2017 9:00 AM

Susunan Lagu Dari Sweden Gagal Takluk Persis

Rabu, 23 Ogos 2017 3:00 PM

Shuib Sepahtu 'Kuat' Cari Duit!

Rabu, 23 Ogos 2017 12:00 PM

Ayda Jebat Impi 'Mata' Tercalon Anugerah

Rabu, 23 Ogos 2017 9:00 AM

Keghairahan Shahrol Shiro Makan Diri?

Selasa, 22 Ogos 2017 12:00 PM

Sakan! Shiha Zikir Kini Hidup Mewah

Selasa, 22 Ogos 2017 9:00 AM

Tania Hudson Tak jangka Kembali Aktif

Isnin, 21 Ogos 2017 9:00 AM

#BiziBody: Syafiq Kyle Pentingkan Penampilan

Kolumnis

iklan

Iklan