Klaut Gubah 'Kemenangan Untukmu' Kenang Umat Islam Negara Bergolak

Diterbitkan: Sabtu, 29 April 2017 6:30 AM

Kumpulan duo KLAUT tampil dengan muzik kerohanian. Foto Ihsan AJ MUSIC MALAYSIA

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Terkesan menyaksikan masyarakat Islam semakin dipinggirkan akibat peperangan yang tidak berkesudahan telah mendorong kumpulan duo KLAUT menggubah lagu Kemenangan Untukmu.

Dianggotai oleh Fikri Rafezin dan Zal Azman, mereka memberitahu lagu itu sebagai 'suara' mereka terhadap penindasan yang berlaku terhadap umat Islam di seluruh dunia terutamanya di Syria dan Palestin.

"Sebagai rakyat biasa kami tiada kuasa untuk membantu umat Islam yang ditindas di serata dunia termasuk Syria, etnik Rohingya terutama di Palestin kecuali dengan 'bersuara' melalui lagu.

"Saya mahu umat manusia sedar yang peta Palestin makin lenyap dari peta dunia, begitu juga dengan rakyatnya dan ebagai umat Islam kita tidak boleh membiarkan hal itu terjadi kerana Palestin adalah tempat suci umat Islam.

"Lebih-lebih lagi di situ tempat berlaku peristiwa penting umat Islam iaitu peristiwa Isra’ Mikraj," kata Zal Azman menggubah lagu itu bersama-sama penulis lirik Zara Alhaj.

Mengangkat konsep duo akustik dengan membawakan lagu-lagu berunsur kemanusian dan ketuhanan, Zal Azman berkata, dia berharap mesej disampaikan dapat diterima baik oleh pendengar.

Berpengalaman enam tahun dalam bidang penciptaan lagu, Zal Azman bagaimanapun memberitahu mereka mula bergiat aktif dalam pasaran mainstream sejak tiga tahun lalu.

"Sebelum merakamkan lagu single pertama ini, KLAUT selalu membuat persembahan di dalam majlis-majlis peribadi, membawakan lagu-lagu berunsur ketuhanan, kemanusiaan dan juga lagu-lagu balada cinta semasa.

“Kemenangan Untukmu juga merupakan lagu cinta, tapi cinta dari sudut yang berbeza, lebih kepada cinta sesama umat manusia," katanya.

Tags / Kata Kunci: KLAUT , Kemenangan Untukmu

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan