Artis Baru Berhijab Perlu Cari Kawan Bantu Istiqamah

Diterbitkan: Khamis, 27 April 2017 6:30 AM

Yatt Hamzah juga pernah diuji semasa mengambil keputusan berhijab. Foto KAMARUL ARIFFIN

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pelakon Yatt Hamzah menasihati artis-artis yang baharu berhijab agar bersama kawan-kawan yang dapat membantu mereka untuk terus istiqamah. 

Yatt, 37, berkata, perkara itu dapat menguatkan semangat mereka dalam menempuh pelbagai dugaan pada awal perubahan yang dilakukan. 

"Saya tidak layak untuk bercakap soal keputusan mereka kembali ke imej asal kerana saya percaya mereka ada sebab tersendiri. 

"Namun, apa yang saya boleh cakap agar mereka mencari kawan yang boleh membantu mereka untuk terus istiqamah. Selain itu, mereka juga perlu mencari guru untuk membimbing menjadi lebih baik," ujarnya kepada mStar Online. 

Dia diminta berkongsi pendapat tentang keputusan beberapa artis yang kembali kepada imej asal mereka iaitu membuka tudung.

Antara artis dan mereka yang terlibat dalam projek raya Elle Zada 2017. 

Yatt atau nama sebenarnya Haryati Hamzah ditemui pada majlis pelantikannya sebagai duta projek raya Elle Zada 2017 yang berlangsung di Hotel Grand Mellinium, di sini, Rabu. 

Pada majlis itu turut diumumkan Adam Corrie dan Heliza Helmi sebagai duta pakaian jenama berkenaan. 

Sementara itu, Yatt mengakui dia juga pernah melalui pengalaman tersebut yang dianggap antara ujian paling berat apabila berhijrah. 

"Saya melalui apa yang mereka rasa sekarang, bukan senang berhadapan dengan ujian itu kerana bidang lakonan sebagai punca pendapatan utama. 

"Saya akui pada awal penghijrahan ada produksi yang minta buka tudung dan rezeki dalam bidang itu juga berkurangan. Tapi kita kena ingat rezeki daripada Allah. 

"Saya yakin banyak cara lain untuk kita mencari rezeki selepas berhijab," ujarnya. 

Sementara itu, Yatt turut meminta masyarakat agar tidak terus menghentam artis-artis berkenaan hanya kerana perkara sebegitu. 

"Saya minta orang ramai jangan menilai orang lain dengan cara luaran. Kita tidak lalui apa yang mereka lalui," ujarnya.

Tags / Kata Kunci: Yatt Hamzah

iklan

Video

Isnin, 18 Disember 2017 2:45 PM

Kecoh Naim Daniel 'Berduet' Dengan Hantu

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Kolumnis

iklan

Iklan