'Setia' Nyanyian Elizabeth Tan Paling Popular Di Rangkaian Red Box

Diterbitkan: Khamis, 27 April 2017 11:26 AM

Elizabeth Tan

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Lagu 'Setia' yang merupakan duet Elizabeth Tan dan Faizal Tahir muncul antara 10 lagu Melayu paling popular sepanjang 2016 bagi penggemar karaoke di rangkaian Red Box. 

Sembilan lagu Melayu popular lain yang tersenarai adalah Potret nyanyian Akim & Majistret, Hidup Dalam Mati (Syamel), Sudah Ku Tahu (Projector Band), Perawan Atau Janda (Cita Citata) dan Hey! Kau (Sandra). 

Turut tersenarai ialah lagu Hancur Aku nyanyian Estranged dan Fazura, Hang Pi Mana (Khalifah), Kurela Dibenci (Aiman Tino) dan Takkan Pergi nyanyian Hyper Act. 

Sepuluh lagu berbahasa Inggeris popular pula iaitu Locked Away (R. City Feat. Adam Lavine), Love Yourself (Justin Bieber), Fight Song (Rachel Platten), Faded (Alan Walker), Hotline Bling (Drake) dan 7 Years (Lukas Graham).

Antara artis dan mereka yang hadir pada majlis pengumuman lagu paling popular di rangkaian Red Box pada Rabu. - Foto AZLINA ABDULLAH

Turut tersenarai ialah Stiches (Shawn Mendes), Hymn For The Weekend (Coldplay Feat. Beyonce), Secret Love Song (Little Mix Feat. Jason Derulo dan One Call Away nyanyian Charlie Puth). 

Ketua Pegawai Operasi, Grand Surf Sdn. Bhd., Mr. Michael Yong berkata, sudah menjadi tradisi pihaknya mengadakan  acara penyampaikan Anugerah Lagu Karaoke Popular saban tahun. 

"Anugerah ini bertujuan memberi pengiktirafan kepada lagu-lagu yang mengungguli carta karaoke Red Box sepanjang 2016. 

"Kami tumpang berbangga atas kejayaan lagu-lagu tersebut memenangi hati peminat yang berkunjung ke cawangan karaoke Red Box, Green Box, dan Red Box Plus sejak awal Januari hingga akhir Disember 2016," katanya. 

Penghargaan tersebut diberikan menerusi Anugerak k-20 Carta Karaoke Melayu Popular  yang berlangsung di cawangan Red Box Pavilion di sini malam Rabu.  

Antara artis yang hadir ialah Faizal Tahir, Syamel, Projector Band, Sandra dan Aiman Tino.

Tags / Kata Kunci: Elizabeth Tan

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Kolumnis

iklan

Iklan