"Muzik Hip Hop Kami Masih Relevan" - Nico G

Diterbitkan: Rabu, 26 April 2017 1:17 PM

Kumpulan NIco G menyambut ulangtahun ke-25 dan pelancaran single baharu, Dunia Alam Fana, di Viva KL pada 25 April. Foto MUHAMAD SHAHRIL ROSLI

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pencetus irama muzik Hip Hop Malaysia iaitu Nico G mengakui pembawaan muzik dan lagu yang dinyanyikan oleh kumpulan mereka pada ketika ini masih lagi relevan.

Salah seorang anggotanya iaitu Affa berkata, mereka percaya muzik genre itu mempunyai peminat tersendiri membuatkan mereka bersemangat untuk kekal berada dalam bidang ini.

Meskipun sudah 25 tahun bertapak dalam industri muzik negara, kami masih menyampaikan lagu dengan genre yang sama dan tidak berubah meskipun banyak aliran baharu yang wujud hari ini.

"Kami bertahan dalam industri atas permintaan peminat dan bukan sekadar syok sendiri. Sehingga sekarang permintaan muzik hip hop Nico G masih tinggi dan buktinya, kami buat lagu kerana ada orang minta," katanya kepada mStar Online.

Selain Affa atau Muzaffar Shah Baharin, 40, Nico G turut dianggotai oleh Nico, 43, (Abdul Fashah Abd Aziz, 43) dan  Dino, 41, (Mohd Shah Rosli).  

Mereka ditemui pada majlis ulang tahun ke-25 tahun penubuhan kumpulan itu dan pelancaran single terbaharu berjudul Dunia Alam Fana, di Viva KL, di sini, pada Selasa.

Sementara itu, Nico berkata, kehadiran mereka bukanlah untuk memberi saingan kepada bakat baharu, sebaliknya mahu berkongsi idea dan memeriahkan industri hiburan.

"Sejujurnya kehadiran kami dalam industri bukanlah untuk bersaing dengan orang baru sebaliknya kami 'orang lama' ni lagi suka kalau idea dan apa yang kami lakukan menjadi ikutan penyanyi baharu, jika lebih ramai penyanyi akan lebih meriah.

"Sebagai penyanyi senior, kami tak kisah jika ada penyanyi baharu yang bertemu kami dan ingin berkongsi idea. Bukan sahaja tentang muzik malah terbuka tentang perniagaan sekalipun," ujarnya.

Dalam pada itu, kumpulan yang popular dengan lagu Ini Nasibku ini memberitahu usia tidak menjadi penghalang untuk mereka meneruskan karier nyanyian.

"Dalam hal ini, kami beranikan diri untuk terus berkarya dan buang rasa malu meskipun usia semakin meningkat.

"Setelah melalui sesi perbincangan, kami terfikir untuk selitkan sedikit unsur dakwah dalam lagu agar ia bersesuaian dengan semua generasi," ujar Nico.

Sementara itu, kumpulan ini dalam rangka promosi single terbaharu mereka yang dicipta bersama Joe Lil G dan Syko G.

"Lagu terbaharu ini lebih ke arah kerohanian dan sesuai untuk semua peringkat umur dan kami rasa tak salah kalau kita berdakwah menggunakan muzik supaya anak-anak muda dapat ambil iktibar daripada lirik dalam lagu ini.

"Insya-Allah, bulan Julai nanti kami akan buat showcase  di Hard Rock, Melaka dan masa itu dapatlah kami hiburkan peminat setia yang sentiasa menyokong Nico G sepanjang pembabitan dalam bidang seni ini," kata Affa pula.
Tags / Kata Kunci: Nico G

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan