Rambut Pendek Bawa Tuah Buat Fasha Sandha

Diterbitkan: Rabu, 26 April 2017 6:30 AM

Fasha Sandha memberitahu mendapat pelbagai tawaran berlakon sejak berambut pendek. Foto Instagam @kaki5photo & @fashasandha

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Pelakon Fasha Sandha tidak menyangka tindakannya memotong rambut demi filem Badang membawa tuah apabila rezekinya dalam bidang lakonan semakin mencurah-curah.

Jelas Fasha, walaupun dia sendiri masih belum selesa dengan imej terbaharunya itu namun produksi menyukai penampilan berkenaan.

"Saya sebenarnya terkejut kerana sejak berambut pendek rezeki dalam bidang lakonan sangat murah sehingga ada projek saya terpaksa tolak.

"Malah apabila saya minta untuk pakai rambut palsu untuk nampak lebih feminin dalam watak dipegang pun mereka kata tidak perlu dan sukakan imej saya sekarang.

Fasha Sandha semakin bersemangat untuk melakukan terbaik dalam kariernya.

"Nampaknya penampilan saya ini disukai walaupun saya sendiri belum selesa kerana saya tidak pernah berambut pendek seperti ini," katanya kepada mStar Online.

Fasha mengorbankan rambutnya untuk menjayakan babak dalam filem lakonan terbaharunya, Badang yang akan ditayangkan pada penghujung tahun ini.

Dalam pada itu, Fasha berkata, walaupun ramai menyukai dia berambut pendek namun dia tidak berhasrat untuk kekal dengan imej itu.

"Saya sedang belajar terima imej ini dan sentiasa beritahu kepada diri yang rambut akan tumbuh kembali.

"Untuk kekal dengan rambut pendek rasanya memang tidak walaupun ramai menyukai imej saya itu," jelasnya.

Mengulas mengenai kemenangannya menerusi kategori Pelakon Filem MeleTOP, Anugerah MeleTOP Era 2017 (AME2017), Fasha melihat undian dibuat peminat berdasarkan lakonannya dalam drama rantaian Lara Aishah dan pengorbanannya memotong rambut untuk filem Badang.

"Walaupun kemenangan saya menerusi filem Anak Mami Nasi Kandaq tetapi saya melihat populariti Lara Aishah dan pengorbanan saya memotong rambut untuk filem Badang adalah faktor peminat mengundi.

"Saya sangat bersyukur dan menghargai trofi ini kerana ia adalah hasil usaha peminat yang sentiasa menyokong karier seni saya sejak 10 tahun lalu.

"Trofi ini juga sebagai pencetus semangat untuk melakukan lebih baik tambahan pula kali terakhir saya menang anugerah kira-kira enam tahun lalu," ujarnya.

Dalam perkembangan lain, Fasha berkata, dia bakal muncul dalam dua drama bersiri untuk siaran TV3 iaitu Hanya Tuhan Yang Tahu dan Terima Kasih Ramadan.

Dia juga baharu selesai menjalani penggambaran sebuah drama muzikal iaitu Hati Belum Berkubur.

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan