Raihan Ada Sebab Tolak Sertai Gema Gegar Vaganza

Diterbitkan: Selasa, 25 April 2017 6:10 AM

Kumpulan Raihan

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kumpulan nasyid Raihan mempunyai alasan kenapa menolak tawaran menyertai pertandingan realiti Gema Gegar Vaganza (GGV) yang disiarkan di saluran Astro Oasis pada setiap Sabtu. 

Vokalisnya Che Amran berkata, pertandingan bercorak islamik yang semakin mendapat perhatian itu memerlukan komitmen dan tidak selari dengan jadual mereka. 

"Ya, kami ada menerima tawaran untuk terlibat dengan program tersebut. Namun kami terpaksa menolak kerana komitmen setiap minggu yang tinggi. 

"Kami banyak undangan persembahan di luar negara dan pastinya akan menjejaskan masa untuk pertandingan itu," ujarnya kepada mStar Online. 

Raihan ditemui pada majlis pelancaran Pelayaran Simfoni Cinta Illahi di Restoran Rebung, di sini, Isnin. 

Sementara itu, Che Amran berkata, mereka juga ingin melihat terlebih dahulu corak pertandingan berkenaan dan penerimaan penonton terhadap program terbaharu terbitan Astro itu. 

Katanya, selepas beberapa minggu berlangsung, program yang melibatkan 10 peserta itu memberi impak positif dalam mengembalikan genre nasyid tanah air. 

Antara barisan ustaz dan selebriti lain yang hadir pada majlis pelayaran islamik.

"Insya-Allah, kami lihat perkembangan program itu lebih banyak positif dalam menarik minat masyarakat terhadap nasyid. 

"Sejak program itu berlangsung, kami juga mendapat tempiasnya apabila ramai bertanya tentang Raihan," ujarnya. 

Raihan turut dianggotai oleh Nordin Jaafar, Abu Bakat Md Yatim dan Zulfadli Mustafa. 

Dalam pada itu Che Amran berkata Raihan masih berada dalam senarai 500 Muslim Paling Berpengaruh Dunia yang dikeluarkan The Royal Islamic Strategic Studies Center daripada tahun 2009 hingga 2016. 

"Alhamdulillah, Jumaat ini kami akan ke Bangkok dan Ogos pula ada persembahan di Turki. Kami masih berada dalam senarai 500 muslim berpengaruh dunia selama sembilan tahun ini," ujarnya. 

Sementara itu, mengenai Pelayaran Simfoni Cinta, Raihan berkata, mereka terlibat menjayakan program islamik itu pada 30 April hingga 3 Mei depan. 

Tambahnya, program ilmu itu akan dipenuhi dengan pengisian keagamaan seperti forum muzikal dan Konsert Terapung. 

"Pelbagai pengisian yang dirancang dalam pelayaran tersebut antaranya kami akan berjemaah bersama-sama pengunjung dan juga akan membuat konsert terapung," ujarnya. 

Pelayaran yang bermula dari Pulau Pinang dengan kapal mewah itu akan berhenti di dua destinasi iaitu Phuket dan Krabi, Thailand selama empat hari tiga malam. 

Info lanjut mengenai pelayaran itu boleh dilayari menerusi www.pelayaranislamik.com

 

Tags / Kata Kunci: Raihan

iklan

Video

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Kolumnis

iklan

Iklan