"Dapat Satu Anugerah Pun Syukur" - Ayda Jebat

Diterbitkan: Selasa, 25 April 2017 6:15 AM

Ayda Jebat akan berusaha lebih keras demi peminatnya. Foto Instagram @aydajebat

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Kegagalan Ayda Jebat membolot semua kategori pada anugerah MeleTOP Era 2017 (AME2017) menjadi bukti pertandingan itu bukan 'anugerah Ayda Jebat' seperti mana dia dikritik pada tahun lalu.

Pelakon Ayda Jebat bagaimanapun gembira hanya memenangi satu kategori sahaja pada Anugerah MeleTOP Era 2017 (AME2017) daripada tiga kategori yang dicalonkan.

"Sejak dahulu lagi jika nama saya dicalonkan dalam mana-mana anugerah saya tidak pernah meletakkan harapan untuk menang.

"Tahun ini dapat satu pun saya bersyukur dan gembira kerana ini adalah hasil usaha peminat yang mengundi dan menyokong karier saya.

"Paling penting tiada orang akan kata ini 'anugerah Ayda Jebat'," katanya.

Pada acara yang diadakan di Stadium Malawati Shah Alam itu, Ayda memenangi kategori Lagu MeleTOP menerusi Pencuri Hati.

Kemenangan itu memperlihatkan Ayda membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM5,000 berserta trofi.

Ayda Jebat menerima trofi menerusi kategori Lagu MeleTOP.

Dua lagi kategori menyaksikan dia tewas di tangan Siti Nordiana (Penyanyi Meletop) dan Fattah Amin (Pelakon meletop).

Pada tahun lalu Ayda membolot lima anugerah termasuk kategori utama.

Dalam pada itu, Ayda berkata, kegagalannya membawa pulang semua kategori dipertandingkan bukan bererti dia tidak lagi mendapat sokongan peminatnya tetapi rezeki tidak berpihak kepadanya.

"Peminat saya masih mengundi cuma rezeki tidak berpihak kepada saya namun tidak mengapa kerana semua yang menang mereka berhak dapat.

"Saya pun memang tidak memberi fokus kepada kemenangan sebaliknya tanggungjawab untuk mengadakan persembahan yang menjadi keutamaan saya," katanya.

Sementara itu, Ayda berazam untuk berusaha lebih keras dalam meningkatkan lagi karier seninya pada masa hadapan dalam 'mencuri' hati peminat dan pengikut baharu.

"Lagu Pencuri Hati menang dan ia sebenarnya telah berjaya mencuri hati pendengar dan Insya-Allah saya akan buat lebih baik untuk semua yang menyokong saya.

"Kemenangan atau kekalahan sentiasa menjadi motivasi kepada saya untuk bekerja lebih keras," katanya.

Tags / Kata Kunci: Ayda Jebat , AME2017

iklan

Video

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Kolumnis

iklan

Iklan