Peminat Hampa Lelaki Bertopeng Bukannya Malique

Diterbitkan: Isnin, 24 April 2017 1:12 PM

Lelaki yang disangka Malique oleh peminat pada persembahan Dayang Nurfaizah menerusi lagu Pejamkan Mata.

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Keterujaan peminat Malique untuk menonton gabungannya bersama Dayang Nurfaizah menerusi duet mereka iaitu Pejamkan Mata pada Anugerah MeleTOP Era (AME2017) hampa kerana individu yang muncul di pentas bukannya pemuda itu.

Sebaliknya suara Malique pada duet berkenaan hanyalah rakaman yang sudah dibuat awal dan kemunculan beberapa lelaki bertopeng di pentas hanyalah gimik semata-mata.

"Memang benar Malique tidak hadir namun Malique merakamkan suaranya secara langsung untuk digabungkan dengan persembahan bersama Dayang," kata Ketua Format dan Program Realiti Astro, Namanzee Harris kepada mStar Online.

Kemunculan lelaki berselubung dan tidak menampakkan wajah menyanyikan bahagian Malique.

AME2017 yang berlangsung di Stadium Malawati di sini pada malam Ahad sebelum itu kecoh apabila Malique dikhabarkan akan membuat kemunculan selepas beberapa tahun menghilangkan diri daripada bertemu peminat.

Kemunculan beberapa lelaki yang berselubung dan tidak menampakkan wajah yang menyanyikan bahagian lagu Malique mengelirukan penonton dan membuatkan mereka tertanya-tanya kelibat penyanyi rap itu.

Menjelaskan mengenai perkara berkenaan, Namanzee berkata, pihaknya sudah berbincang dengan syarikat rakaman Malique iaitu Warner Music untuk mendapatkan penyanyi itu mengadakan persembahan bersama Dayang pada AME2017

Bagaimanapun, pihak produksi menghormati keputusan bekas anggota kumpulan Too Phat tersebut yang enggan muncul dan hanya mengizinkan rakaman suara sahaja dilakukan untuk persembahan bersama Dayang.

Antara komen peminat tentang Malique. 

"Perbincangan sudah dibuat tetapi kita hormat keputusannya namun kami cukup bertuah kerana Malique sudi merakamkan suaranya secara langsung untuk persembahan itu.

"Dayang pula memberi persembahan yang cemerlang walaupun tanpa Malique," katanya.

Sementara itu, AME2017 memperlihatkan pasangan sensasi Fattah Amin dan Neelofa mengungguli senarai pemenang termasuk membawa hadiah utama Top Top MeleTOP 2017.

Tags / Kata Kunci: Malique , Dayang Nurfaizah , Pejamkan Mata , AME2017

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Kolumnis

iklan

Iklan