Fattah Amin & Neelofa Ungguli Anugerah MeleTOP Era 2017

Diterbitkan: Isnin, 24 April 2017 12:56 AM

Fattah Amin dan Neelofa ungguli Anugerah Meletop Era 2017 (AME2017).

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Pelakon sensasi Fattah Amin menepati ramalan apabila memenangi kategori utama Anugerah MeleTOP 2017 (AME2017) menerusi kategori Top Top MeleTOP (Lelaki).

Malah acara yang diadakan di Stadium Malawati di sini itu turut memperlihatkan Fattah menyapu bersih tiga lagi trofi pada malam itu.

Fattah membawa pulang trofi menerusi kategori Pelakon MeleTOP, Bintang Online MeleTOP dan Fesyen MeleTOP.

Penyanyi MeleTOP milik Siti Nordiana.

Gandingannya dalam drama bersiri Suri Hati Mr. Pilot iaitu Neelofa pula memenangi Top Top MeleTOP (Wanita).

Kemenangan menerusi kategori utama itu membolehkan mereka masing-masing membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM10,000 berserta trofi.

Neelofa turut memenangi trofi Hos MeleTOP manakala drama Suri Hati Mr. Pilot turut diumumkan pemenang kategori Drama MeleTOP.

Khai Bahar bersama trofi Artis Baharu MeleTOP.

Sementara itu, Johan turut menyerlah pada malam itu apabila turut menggondol tiga trofi iaitu Penyampai Radio MeleTOP, Pelawak MeleTOP dan Program Radio MeleTOP menerusi Johara Pagi Era.

Siti Nordiana pula membuat kejutan apabila muncul sebagai pemenang Penyanyi MeleTOP manakala Datuk Siti Nurhaliza dan Faizal Tahir dipilih penerima trofi Grup/Duo MeleTOP.

Lagu MeleTOP pula milik Ayda Jebat menerusi Pencuri Hati dan Artis Baharu MeleTOP dimenangi oleh Khai Bahar.

Ayda Jebat menerima trofi menerusi kategori Lagu MeleTOP.

Pada acara sama, pasangan penyanyi Stacy dan Akim Ahmad dipilih sebagai penerima trofi Couple MeleTOP dan anak kepada pelakon Hairul Azreen iaitu Yusof Iskandar memenangi kategori Si Cilik MeleTOP.

Filem arahan Syamsul Yusof iaitu Munafik muncul pemenang Filem MeleTOP manakala Fasha Sandha memenangi Pelakon Filem MeleTOP.

Kesemua pemenang menerima hadiah wang tunai RM5,000 berserta trofi.

Fasha Sandha pemilik trofi Bintang Filem MeleTOP.

Acara itu turut dimeriahkan dengan persembahan daripada OAG, Khai Bahar, Haqiem Rusli, Dayang Nurfaizah, Siti Nordiana, Hafiz, Faizal Tahir, Joe Flizzow, Ayda Jebat dan Datuk M Nasir.

AME2017 yang dihoskan oleh Neelofa, Nabil Ahmad dan Johan turut disiarkan secara langsung menerusi Astro Ria (104) dan Ria HD (123).

Berikut ialah senarai penuh pemenang AME2017:

1. Lagu MeleTOP - Ayda Jebat (Pencuri Hati)

2. Penyanyi MeleTOP - Siti Nordiana

3. Grup/Duo MeleTOP - Datuk Siti Nurhaliza & Faizal Tahir

4. Program Radio MeleTOP - Johara Pagi Era

5. Penyampai Radio MeleTOP – Johan

6. Filem MeleTOP – Munafik

7. Bintang Filem MeleTOP - Fasha Sandha

8. Drama MeleTOP - Suri Hati Mr. Pilot

9. Pelakon MeleTOP - Fattah Amin

10. Program MeleTOP - Taste Selebriti (Episod Neelofa)

11. Hos MeleTOP – Neelofa

12. Bintang Online MeleTOP - Fattah Amin

13. Artis Baharu MeleTOP - Khai Bahar

14. Couple MeleTOP - Stay & Akim Ahmad

15. Fesyen MeleTOP - Fattah Amin

16. Si Cilik MeleTOP - Yusof  Iskandar

17. Pelawak MeleTOP – Johan

18. Top Top MeleTOP (Lelaki) - Fattah Amin

19. Top Top MeleTOP (Wanita) - Neelofa

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan