Umie Aida Rindu Watak Berat - Berita Hiburan | mStar

Umie Aida Rindu Watak Berat

Diterbitkan: Ahad, 23 April 2017 5:30 AM

Umie Aida akui lebih memilih skrip.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Pelakon Datin Umie Aida mengakui rindu untuk melakonkan watak-watak berat yang bermain dengan emosi seperti yang pernah dibawakannya sebelum ini.

Umie, 43, berkata, kekurangan naskhah yang berkualiti juga menjadi punca dia jarang menerima tawaran dan berlakon dalam drama-drama tempatan.

"Saya agak selektif untuk skrip dan pelakon gandingan dalam sesebuah drama. Sekarang bukan saya tidak mahu berlakon tapi kurang menerima naskhah-naskhah yang bagus.

"Saya sangat rindu untuk berlakon watak-watak berat, kalau ada produksi yang ada watak berat dan cerita yang bagus tolonglah ambil saya berlakon," ujarnya kepada mStar Online.

Umie Aida.

Bagaimanapun, Umie atau Umi Khalsum Rahmad Ali berkata, dia menerima tawaran melakonkan watak yang diidamkan menerusi telefilem Ana Anak Ibu arahan Ghaz Abu Bakar yang bakal ditayangkan pada Mei depan.

Tambah pelakon filem Embun ini, ia merupakan drama berat yang dilakonkan selepas Aku Bukan Malaikat kira-kira dua tahun lalu.

"Saya baru sahaja selesai penggambaran drama Ana Anak Ibu yang banyak memerlukan saya bermain dengan emosi apabila anak saya iaitu lakonan Puteri Balqis berhadapan dengan kematian akibat penyakit kanser.

"Ia adalah drama berat selepas Aku Bukan Malaikat. Dua tahun juga saya berlakon watak berat kerana dulu Erma Fatima sahaja yang suka buat drama sebegini. Sekarang dia sibuk beri tumpuan kepada drama komedinya Mak Cun," ujarnya.

Dalam pada itu, mengulas lanjut tentang mementingkan skrip dan pelakon gandingan, Umie berkata, dia mengutamakan pelakon tahu tanggungjawab yang perlu dilakukan.

"Bagi saya skrip dan pelakon gandingan adalah sangat penting. Kalau boleh biarlah yang tahu tanggungjawab sebagai seorang pelakon.

"Saya sendiri masih buat persediaan untuk babak seterusnya dan ia akan memudahkan penggambaran berlangsung," ujarnya.

Tags / Kata Kunci: Umie Aida
   

iklan

Video

Selasa, 17 Julai 2018 6:18 PM

'Penyamun terbang' maut dalam kereta curi

Khamis, 12 Julai 2018 1:05 PM

Lempang pelajar ikut suka hati

Selasa, 10 Julai 2018 6:39 PM

Nak 'gugur jantung' tengok pakcik ini memandu

Selasa, 10 Julai 2018 3:06 PM

Pengasuh pijak, hempas anak jagaan

Isnin, 9 Julai 2018 5:30 PM

Ragam si meow & bola!

Jumaat, 6 Julai 2018 5:39 PM

Tak sanggup tengok mayat mangsa kemalangan

Jumaat, 6 Julai 2018 12:48 PM

Durian buah untuk orang kaya?

Kolumnis

iklan

Iklan