Primeworks Studios Mohon Maaf Kepada Watson Nyambek

Diterbitkan: Ahad, 23 April 2017 6:07 PM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Pihak Primeworks Studios tampil dengan permohonan maaf secara terbuka kepada Watson Nyambek pada Ahad selepas program terbitan produksi itu, Sukan Tak Sentral mempersendakan nama bapa bekas pelari pecut negara tersebut.

Ketua Pegawai Ekskutif Primeworks Studios Sdn Bhd, Datuk Ahmad Izham Omar dalam satu kenyataan memberitahu pihaknya kesal dengan kejadian itu dan amat menghormati Watson, bapa dan keluarganya.

"Selaku Ketua Pegawai Ekskutif, syarikat penerbitan rancangan Sukan Tak Sentral bagi pihak TV3 dan TV9 dengan rendah hati ingin memohon maaf kepada saudara Watson Nyambek gara-gara mempersendakan nama baik ayah beliau.

"Kejadian yang berlaku ini memberi pengajaran kepada kami untuk lebih peka dengan keadaan sekeliling.

"Kami amat menghormati Watson, bapa dan keluarganya. Beliau adalah seorang jaguh pecut negara serta atlet yang telah banyak berjasa mengharumkan nama negara," katanya.

Datuk Ahmad Izham Omar

Menerusi program yang disiarkan pada malam Sabtu, hos program itu, Ammar mempersendakan nama bapa Watson dengan menyamakan dengan bunyi seekor binatang.

Perkara itu turut mendapat reaksi Watson sendiri yang menonton program itu di Facebook miliknya selain melahirkan rasa kecewa dan tersinggung dengan perbuatan menghina bapanya yang telah meninggal dunia tiga tahun lalu.

Reaksi Watson itu turut mendapat reaksi daripada netizen dan isu itu mula menjadi hangat apabila video rakaman program itu mula tersebar di laman sosial.

"Orang hina saya miskin, bankrap, tak ada apa saya terima, nak ketawakan saya apa boleh buat,nasib kita macam tu,tapi bapa saya bukan binatang untuk dipersendakan.” tulis Watson dalam Facebooknya.

Menurut laporan Bernama, Watson juga sedang mempertimbangkan untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap program tersebut.

Sementara itu, Ahamd Izham berkata, pihaknya telah memberi peringatan kepada semua kakitangannya untuk sentiasa peka dan sensitif dalam setiap rancangan diterbitkan.

"Pihak kami juga akan membuat kajian semula terhadap kaedah kerja operasi kami bagi mengelakkan kejadian ini berulang," katanya.

Watson yang memegang rekod kebangsaan 100m iaitu 10.30 saat selama 18 tahun sebelum dipecahkan Khairul Hafiz Jantan yang melakukan 10.18s pada Sukma Sarawak tahun lepas, diisytiharkan muflis selepas gagal membayar balik pinjaman bank yang digunakan untuk menanggung kos perubatan bapanya yang menderita barah telinga.

Bagaimanapun, beliau dibebaskan daripada status muflis selepas kerajaan Sarawak membayar balik tunggakkan pinjaman sebanyak RM80,000 itu.

Tags / Kata Kunci: Watson Nyambek , Ahmad Izham Omar

iklan

Video

Rabu, 28 Jun 2017 3:30 PM

Kenapa Amyra Rosli Geram?

Rabu, 28 Jun 2017 12:00 PM

Amboi... Nabil Tak Puas Hati Dengan Skrip?

Rabu, 28 Jun 2017 9:00 AM

Lucu... Kisah Raya Floor88

Selasa, 27 Jun 2017 3:00 PM

Ardell Dah Jemu Berlakon?

Selasa, 27 Jun 2017 2:25 PM

Siti Nurhaliza Pun Naik ETS Tau!

Selasa, 27 Jun 2017 9:33 AM

Hazman dan Eryn Raya Bersama?

Isnin, 26 Jun 2017 3:00 PM

Dapat Impak Ramai Penyanyi Bernama 'Wani'

Isnin, 26 Jun 2017 12:09 PM

Kisah Raya 3 Teruna

Isnin, 26 Jun 2017 9:30 AM

Selongkar Raya Zara Zya

Kolumnis

iklan

Iklan