Search Imbau Zaman Kegemilangan 'Fenomena' Dalam Piring Hitam

Diterbitkan: Ahad, 23 April 2017 6:00 AM

Search keluar piring hitam Fenomena.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kumpulan Search mengimbau kenangan zaman kegemilangan mereka dengan melancarkan edisi piring hitam bagi album keempat berjudul Fenomena.

Vokalisnya, Amy,59, berkata, album Fenomena dipilih berikutan ia mempunyai nilai sentimental tersendiri yang mengangkat nama kumpulan berkenaan pada satu tahap yang tinggi.

"Kami lancarkan piring hitam yang ditempah khas dari Amerika Syarikat untuk album Fenomena bagi peminat-peminat yang berminat menjadikan ia sebagai koleksi simpanan mereka.

"Album Fenomena adalah sangat istimewa buat Search kerana ia benar-benar memberi fenomena dalam insdustri muzik tanah air dan Indonesia suatu ketika dahulu," ujarnya kepada mStar Online.

Search pada majlis pembukaan kedai muzik Fenomena Muzik.

Pemilik nama sebenar Suhaimi Abdul Rahman ini ditemui pada majlis pelancaran piring hitam Fenomena 'Made In Usa' di majlis pembukaan kedai Fenomena Muzik di Plaza Damas, pada Sabtu.

Piring hitam Fenomena 'Made In Usa' itu dijual secara tempahan dengan harga RM299 dan dijangka mula berada dipasaran pada awal Jun depan.

Search turut dianggotai oleh Yazid (dram), Nasir (bes), Nordin (gitaris) dan Kidd (gitaris).

Dalam pada itu, mengimbau kenangan zaman berkenaan sekitar tahun 1989 itu, katanya, kumpulan Search berjaya mengubah langskap muzik negara dan mencipta nama di Indonesia.

Album Fenomena sangat istimewa bagi kumpulan Search.

Katanya, kebanyakkan pemuzik rock yang muncul di negara seberang itu mendapat inspirasi daripada kumpulan berkenaan yang terkenal dengan lagu Isabella.

"Banyak kenangan manis ketika album Fenomena, kami mendapat layanan istimewa di Indonesia dan ketika itu mengenepikan muzik lain seperti dangdut dan jazz.

"Selepas itu, barulah muncul kumpulan-kumpulan rock di negara berkenaan seperti Slank," ujarnya.

Tambah Amy, kumpulan itu bukan sahaja menarik minat anak muda, malah menjadi kegemaran seisi keluarga.

Katanya, pengalaman tersebut merupakan sebuah kenangan yang paling istimewa dalam hidupnya.

Tags / Kata Kunci: Search

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Kolumnis

iklan

Iklan