Nelydia Senrose Kemuka Bukti Pembayaran LHDN

Diterbitkan: Sabtu, 22 April 2017 12:13 PM

Nelydia Senrose kini berada di luar negara.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Pelakon Nelydia Senrose mengemukakan bukti resit pembayaran Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) yang sudah dilakukan pada 4 April lalu.

Nelydia, 23, mendedahkan bukti berkenaan menerusi laman sosial Instagramnya pada malam Jumaat sejurus selepas berita tentang waran tangkap terhadapnya dikeluarkan.

"Ini resit pembayaran cukai pendapatan bertarikh 4 haribulan April 2017," tulisnya.

Menerusi resit tersebut, pembayaran cukai pendapatan itu dibuat bagi tahun 2013 melalui cek.

Nelydia dedah resit pembayaran.

Posting tersebut mendapat reaksi positif pengikutnya dengan 214 komen memberi kata-kata semangat dan menerima lebih 12,000 likes.

Pihak mStar Online gagal menghubungi pelakon Bukan Kerana Aku Tak Cinta ini yang difahamkan masih berada di luar negara.

Terdahulu, pada petang Jumaat, Nelydia Senrose bernasib tidak baik apabila mahkamah Majistret Shah Alam mengeluarkan waran tangkap terhadapnya kerana tidak hadir bagi menghadapi tuduhan gagal mengemukakan Borang Nyata Cukai Pendapatan (Borang B) Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

Nelydia atau nama penuhnya Nik Zaris Nelydia Nik Sen gagal mengemukakan Borang B bagi lima tahun taksiran iaitu tahun taksiran bermula 2009 hingga 2013.

Selain itu Nelydia, turut berhadapan satu lagi pertuduhan kerana gagal mematuhi notis di bawah Seksyen 81 ACP1967 bagi mengemukakan maklumat secara lisan kepada LHDNM.

Tags / Kata Kunci: Nelydia Senrose

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Kolumnis

iklan

Iklan