Achey Luah Rasa Cinta Terhadap Isteri Dalam Lagu

Diterbitkan: Sabtu, 22 April 2017 6:35 AM

Achey terharu pengorbanan isterinya.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Pelawak Achey memberitahu dia mengambil masa enam bulan untuk menyiapkan sebuah lagu khas untuk isterinya Nor Hasanah Yahaya sempena ulang tahun kelahiran yang ke 27 tahun.

Achey, 31, berkata, lagu berkenaan hadiah dan cara istimewa untuk dia meluahkan rasa cinta dan terima kasih terhadap isterinya itu.

"Saya tidak ada pengetahuan langsung berkenaan muzik tapi melodi ini bermain-main di fikiran saya sejak enam bulan lalu.

"Jadi saya rakam dan minta pendapat daripada rakan-rakan komposer, mereka suruh saya rakam dalam aplikasi Garage Band dahulu.

"Tiga bulan saya cari bait-bait lirik yang sesuai untuk lagu tersebut. Alhamdulillah malam tadi (Jumaat) dia terkejut dan terharu pertama kali mendengarnya," ujarnya kepada mStar Online.

Pemilik nama sebenar Mohd Nasir Hamzah bercerita tentang lagu pertama yang dicipta khas sempana hadiah hari jadi untuk isterinya yang ke-27 pada Jumaat.

Lagu yang diberi judul Yang Terindah itu juga mengisahkan perjalanan enam tahun kehidupan rumah tangga dilalui bersama.

"Saya rasa lebih indah jika perkataan itu disampaikan dalam lagu dan ia boleh didengar berkali-kali oleh dia di mana-mana sahaja.

"Saya ingin beritahu dia betapa saya berterima kasih dengan pengorbanan dia sebagai seorang isteri yang sanggup susah senang dengan saya selama ini.

"Sebelum bergelar artis hidup kami susah dan tinggal di bengkel sahaja kerana saya dulu makanik.

"Dia tidak pernah merungut dan dia ada beritahu saya jika suatu hari saya tidak ada kerja pun dia sanggup untuk jual air bersama-sama," ujarnya.

Dalam pada itu, Achey berkata, dia merancang untuk untuk merekam lagu berkenaan di studio rakaman dalam masa terdekat.

Sementara itu, ditanya soal anak, Achey berkata, dia dan isternya masih lagi dalam proses berusaha pelabagai cara sebelum mengambil keputusan untuk mengambil anak angkat.

Katanya, dia tidak pernah berputus asa untuk mendapatkan zuriat mereka sendiri.

"Anak adalah urusan Allah, saya dan isteri masih lagi berusaha mendapatkan pelbagai rawatan. Ramai juga mencadangkan kami mengambil anak angkat.

"Insya-Allah, kami juga sedang memikirkannya, namun biar kami berusaha dalam satu tempoh dahulu sebelum mengambil anak angkat,"ujarnya.

Tags / Kata Kunci: Achey Bocey

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan