"Jangan Fitnah!" - Michael Ang Jawab Lokasi Drama Diserbu Polis

Diterbitkan: Jumaat, 21 April 2017 4:02 PM

Michael bersama Zizie Ezette (kiri) dan Fazura. -foto Instagram @michaelang

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Pengarah Michael Ang menyifatkan terdapat dakwaan tidak berasas untuk memfitnahnya termasuklah tuduhan lokasi penggambaran drama arahan dia diserbu pihak polis.

Pihak polis dikatakan bertindak selepas mendapat laporan kononnya terdapat pelakon dalam produksi berkenaan terlibat dengan aktiviti penyalahgunaan dadah.

"Anda bukan orang pertama yang bertanya mengenai perkara ini. Namun ingin saya jelaskan bahawa dakwaan itu tak benar.

"Proses pengambaran berjalan dengan lancar, kami tidak dikunjungi pihak polis seperti yang diperkatakan.

"Sebenarnya saya juga nak tahu siapa yang mulut 'becok' sengaja sebar fitnah begini," katanya ketika dihubungi mStar Online pada Jumaat.

Salah satu babak membabitkan Fattah Amin dan Fazura di Pulau Perhentian.

Michael kini sibuk menjalani pengambaran drama rantaian berjudul Hero Seorang Cinderella yang dibintangi barisan pelakon antaranya Fattah Amin, Fazura, Uqasha Senrose, Aedy Ashraf, Nina Juren serta Zizie Ezette.

Selain itu dia yang kini berada di Pulau Perhentian, Terengganu bagi menjayakan beberapa babak dalam drama berkenaan melahirkan kekecewaan berhubung dakwaan itu.

Ditanya sama ada khabar angin itu mungkin sengaja disebarkan oleh tenaga produksinya sendiri bagi tujuan 'promosi', Michael bagaimanapun meraguinya.

"Tak mungkinlah, kontroversi seperti ini merosakkan imej dan boleh menjatuhkan maruah. Janganlah guna taktik begini, tak baik fitnah orang.

"Tapi kalau nak cipta kontroversi kononnya artis bercinta di set, saya sendiri boleh cerita panjang lebar," katanya.

Dalam pada itu Micheal menasihatkan supaya semua pihak tidak mencampuri urusan peribadi mana-mana selebriti khususnya dalam isu sensitif seperti ini.

"Kalau dia nak buat hal, itu hak dia. Selagi tidak ditangkap polis lebih baik kita jangan sibuk.

"Bila dah kena tangkap nanti, wartawan boleh tulis cerita panjang lebar," katanya.

Tags / Kata Kunci: Michael Ang

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Kolumnis

iklan

Iklan