'Lebuhraya Ke Neraka' Terperap Enam Tahun

Diterbitkan: Jumaat, 21 April 2017 12:46 PM

Filem Lebuhraya Ke Neraka arahan Mamat Khalid mengangkat genre kerohanian bagi memberi kesedaran kepada masyarakat. -foto ART CHEN / The Star

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pengarah filem Mamat Khalid menjelaskan filem terbaharunya berjudul Lebuhraya Ke Neraka terperap selama enam tahun kerana dia banyak melakukan perubahan memandangkan karya itu mengangkat genre kerohanian.

Mamat berkata, sebagai pengarah dia mahu memastikan garapan terhadap filem itu dilakukan dengan baik bagi membolehkan penonton merasai penceritaan yang ingin disampaikan.

"Filem ini terperap lama kerana sejujurnya karya ini agak sukar memandangkan genre yang diketengahkan berbeza daripada apa yang pernah saya lakukan sebelum ini.

"Sepanjang tempoh itu juga banyak kali saya tukar fikiran dan membuat suntingan bagi memastikan ia mantap," katanya kepada mStar Online.

Dari kiri Dazrin Kamaruddin, Miera Leyana, Awie, Mamat Khalid dan Tengku Iesta.

Mamat ditemui pada tayangan perdana filem itu yang diadakan di GSC, Pavilion di sini, Khamis.

Lebuhraya Ke Neraka menampilkan barisan pelakon seperti Datuk Awie, Dazrin Kamaruddin, Miera Leyana, Khir Rahman, Fatin Syahirah dan Pekin Ibrahim.

Filem itu bakal menemui penonton di pawagam bermula 4 Mei ini.

Mamat berkata, filem berkenaan tidak dipotong oleh pihak Lembaga Penapisan Filem (LPF) cuma ada beberapa dialog disenyapkan bagi menjaga sensitiviti.

Dalam pada itu, Mamat berkata, dia gembira apabila impiannya untuk menghasilkan sebuah filem berbentuk kerohanian tercapai selepas ia lebih dikenali menerusi karya-karya komedi.

Katanya, dia menghasilkan filem itu bukan sahaja ingin memberi kesedaran kepada penonton sebaliknya kepada diri sendiri dan keluarganya.

"Walaupun filem ini berbentuk kerohanian tetapi apa yang ingin saya terapkan tidak terlalu secara terang-terangan dan saya biarkan penonton untuk berfikir sendiri.

"Paling penting mesej yang hendak disampaikan dapat diterima penonton," katanya.

Tags / Kata Kunci: Mamat Khalid

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan