Syafiq Yusof Pilih Rosyam Nor Jadi Duta Kecantikan

Diterbitkan: Khamis, 20 April 2017 6:30 AM

Rosyam Nor dipilih sebagai duta produk kecantikan Luxone milik pengarah muda, Syafiq Yusof.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Pengarah Syafiq Yusof memberitahu pemilihan pelakon Datuk Rosyam Nor sebagai duta produk kosmetik pertamanya iaitu Luxone sebagai paling tepat.

Syafiq, 24, yang juga Ketua Pegawai Eksekutif Luxeone International Sdn Bhd itu berkata, pada awalnya Rosyam diberi produk berasaskan argan itu untuk dicuba namun pelakon itu memberitahu ia memberi kesan positif kepada kulitnya dan dia terus melamarnya untuk menjadi duta.

"Pada mulanya rakan-rakan minta saya cari duta dikalangan artis muda, tapi saya fikir buat apa cari yang muda kerana sudah tentu mereka tiada sebarang masalah kulit.

"Selepas saya beri abang Rosyam cuba produk ini, dia datang kembali beritahu ia berkesan dan ingin membeli produk itu. Jadi saya terus membuat tawaran sebagai duta," ujarnya.

Syafiq pilih Rosyam sebagai duta produk kecantikan pertamanya.

Rosyam dilantik sebagai duta produk pertama keluaran syarikat milik Syafiq Yusof itu dalam sebuah majlis yang diadakan Isnin lalu.

Bagaimanapun, Syafiq berkata, pada awalnya dia bimbang dengan harga yang perlu dibayar kepada pelakon popular itu.

Namun, selepas beberapa perbincangan, Rosyam memberi persetujuan untuk memikul tanggungjawab sebagai duta produk terbabit.

"Saya ada bertanya kepada dia bayaran sebagai duta, pada awalnya memang tidak mampu tapi Alhamdulillah selepas tawar menawar, beliau setuju dengan harga saya beri," ujarnya.

Dalam pada itu, ditanya tentang kerjaya sebagai pengarah filem selepas menceburi bidang perniagaan, Syafiq berkata, dia masih memberi fokus utama kepada bidang itu.

Katanya, bagi memastikan kelancaran projek produk kecantikannya itu dia sudah pun mempunyai sebuah pasukan yang akan menjalankan operasi syarikatnya tersebut.

"Saya memang minat bidang peniagaan sudah lama tapi bapa saya minta saya fokus kepada pengarahan terlebih dahulu.

"Sekarang adalah masa sesuai kerana saya ada sedikit masa dan modal untuk memulakan perniagaan namun begitu saya masih keutamaan kepada bidang perfileman. Saya ada pasukan berkaliber untuk menjalankan dan menjayakan perniagaan ini," ujarnya.

Sementara itu, Rosyam berkata, dia menerima tawaran untuk menjadi duta selepas sebulan menggunakan produk tersebut yang memberi kesan positif kepada kulit wajahnya.

"Semasa penggambaran, Syafiq datang berjumpa saya dan memperkenalkan produk ini serta meminta saya menggunakannya.

"Setelah beberapa kali menggunakannya ternyata ia memberi kesan positif kerana ia bersifat anti penuaan," jelasnya.

Produk ini dijual dengan harga RM69.90 dan boleh didapati secara online di www.luxone.com.my.

Tags / Kata Kunci: Rosyam Nor , Syafiq Yusof

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan