Bakal Timang Anak, Nubhan Ambil Kursus Penjagaan Bayi

Diterbitkan: Rabu, 19 April 2017 6:30 AM

Nubhan dan isterinya, Afifah bakal menimang cahaya mata pertama mereka pada Mei ini. Foto Instagram @nubhan

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Penyanyi Nubhan mengambil inisiatif menghadiri kursus penjagaan bayi sebagai persediaan menimang cahaya mata sulung tidak lama lagi.

Nubhan, 31, berkata, dia mengikuti kelas tersebut kerana ingin memastikan bersedia supaya tidak berasa janggal semasa menguruskan bayinya itu nanti.

"Saya mengikuti kelas menguruskan bayi itu di sebuah hospital swasta di Seremban dan sebenarnya ia sangat membantu untuk mereka yang pertama kali bergelar ibu-bapa.

"Dalam kelas sehari itu, saya banyak didedahkan tentang bagaimana untuk memberi sokongan moral kepada isteri semasa proses kelahiran dan penjagaan bayi yang masih kecil.

"Selepas mengikuti kursus pengurusan bayi itu saya jadi lebih teruja dan tak sabar untuk menunggu kelahiran bayi pertama kami," katanya kepada mStar Online.

Isteri Nubhan iaitu Afifah Hidayah Tawfek, 28, dijangka melahirkan bayi perempuan pada awal Mei ini.

Pemilik nama sebenar Ahmad Nubhan Ahamad dan Afifah berkahwin pada pada 29 Ogos 2015 di Seremban, Negeri Sembilan.

Pasangan ini bakal menimang bayi perempuan.

Dalam pada itu, Nubhan berkata, segala persiapan untuk menyambut kelahiran bayi mereka telah dilakukan sejak beberapa bulan yang lalu.

Malah kata bekas peserta program Akademi Fantasia 6 (AF6) ini, mereka juga banyak menerima hadiah daripada rakan-rakan, saudara mara dan peminat yang teruja menantikan isterinya bersalin.

"Semasa kandungan baru berusia lima bulan, kami sudah menyiapkan kelengkapan untuk anak.

"Kalau nak tahu, kebanyakan barangan bayi ini bukan sahaja saya beli malah ada juga dihadiahkan oleh saudara-mara dan peminat," ujarnya.

Sementara itu, Nubhan berkata, dia dan isteri masih mencari nama sesuai untuk diberikan kepada cahaya mata mereka kelak.

"Buat masa ini kami belum ada nama lagi, saya ada juga meminta idea nama anak daripada keluarga.

"Bagaimanapun seperti kebanyakan ibu-bapa lain, saya ingin memberi nama yang mempunyai maksud indah dan baik untuk puteri kami nanti," katanya.

Dalam perkembangan lain, Nubhan berkata, dia bakal muncul dengan single terbaharunya ciptaan Harry Khalifah tidak lama lagi.

"Sekarang ini saya agak sibuk menguruskan perniagaan kosmetik saya iaitu Juwita Divine yang telah berada di pasaran sejak tahun 2015.

"Insya-Allah single terbaharu akan menyusul dan sekarang pun saya sedang dalam proses menyiapkan lagu," ujarnya.

Tags / Kata Kunci: Nubhan

iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 6:51 PM

Sherry Ibrahim Tak Hilang, Masih Laris

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan