"Tak Minat Sensasikan Hal Rumah Tangga" - Serina

Diterbitkan: Selasa, 18 April 2017 11:01 AM

Serina tidak mahu dua anaknya trauma apabila isu perceraian sering diperkatakan secara terbuka. -foto Instgram @serinaredzuawan

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Walaupun pelbagai spekulasi dibuat mengenai punca keretakan rumah tangganya, pelakon Serina Redzuawan tetap memilih untuk 'mengunci mulut' mengenai perkara tersebut.

Menurut ibu kepada dua anak itu, dia enggan mencari publisiti murahan di media sosial sebaliknya hanya mahu bersuara di mahkamah bagi mempertahankan hak sebagai isteri.

"Saya tak minat nak perang siber, saya nak pertahankan hak sebagai isteri, bukan nak publisiti murahan," katanya menerusi aplikasi WhatsApp kepada mStar Online.

Serina dan O'luanaigh bersama dua anak mereka ketika bercuti ke luar negara suatu ketika dahulu. -foto Instagram @serinaredzuawan

Pendirian Serina itu dinyatakan sehari selepas suaminya, Gavin Edward O'luanaigh tampil menerusi kenyataan terbuka mempersoalkan tindakan wanita berkenaan memfailkan perceraian selepas tujuh tahun berkahwin.

Selain itu O'luanaigh atau nama Islamnya, Salahudin Ghafar turut membidas tindakan pihak yang tidak dinamakan kerana membuat pelbagai dakwaan dan tuduhan terhadapnya hingga menyebabkan Serina nekad untuk bercerai.

Sungguhpun demikian, umum mengetahui bahawa bapa mertuanya iaitu chef selebriti, Datuk Redzuawan Ismail atau lebih dikenali sebagai Chef Wan sebelum ini mengulas secara terbuka mengenai kedudukan rumah tangga anak perempuannya itu.

Dalam pada itu Serina menerusi laman Instagram peribadinya menyatakan dia tidak dapat menyatakan punca ingin bercerai kerana menyifatkan situasi yang dilalui adalah 'terlalu sensitif'.

"Tidak ada mana-mana insan yang mendirikan masjid ingin merobohkannya. Saya sudah cuba sedaya upaya untuk selamatkan, malangnya banyak pekara yang terlalu sensitif dan saya tak boleh cerita punca saya failkan cerai.

"Kes ini masih dalam proses mahkamah dan biar mereka yang putuskan apa yang terbaik," katanya.

Tambah Serina, dia berharap isu kes perceraiannya tidak terus disensasikan pihak luar.

"Perkara yang anda baca daripada Instagram bapa saya dan apa yang telah dijawab oleh Gavin... realitinya hanya saya yang tahu dan menanggungnya.

"Bapa saya juga ada hak bersuara. Saya harap tak perlu kita besarkan isu ini. Jangan curah minyak kepada api yang sedang menyala," katanya.

Serina dan Salahudin bernikah pada 1 Januari 2010 dan dikurniakan dua cahaya mata, Tristan Tareef serta Isabella Saffiya.

Tags / Kata Kunci: Serina Redzuawan

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan