Festival Komedi Antarabangsa Himpun Pelawak Terkenal

Diterbitkan: Selasa, 18 April 2017 1:05 PM

Harith Iskander.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Pelawak Harith Iskander bakal tampil mengadakan persembahan pada Festival Komedi Antarabangsa Kuala Lumpur yang akan diadakan pada 21 hingga 23 April ini.

Selain Harith, festival itu juga bakal menampilkan barisan pelawak tempatan dan antarabangsa yang akan menghiburkan penonton dengan persembahan lawak pentas.

Bagi menghangatkan suasana, festival itu bakal dimulakan dengan malam gala yang akan diadakan pada Rabu dengan persembahan lawak menerusi To Know Malaysia Is To Laugh Malaysia III.

Selain Harith, pelawak antarabangsa seperti Paul Ogata (Amerika Syarikat), Prince Abdi (Somalia), Katerina Vrana (Greece) dan Christopher Daley (Jamaica) turut membuat penampilan.

Dalam pada itu, kesemua pelawak daripada luar negara akan mengadakan persembahan lawak berdiri secara solo sepanjang festival itu berlangsung.

Abdi dan Daley akan tampil dengan lawak mereka pada 22 April manakala Ogata dan Vrana pada hari berikutnya.

"Paul Ogata sangat lucu, pada saya dia adalah lima terbaik di dunia.

"Prince Abdi pula diperkenalkan kepada kami oleh kelab komedi di Singapura dan apa yang menarik dia seorang Muslim dari Somalia jadi akan ada prespektif menarik untuk didengar daripadanya.

"Manakala Katerina dan Christopher pula saya bertemu mereka ketika menyertai pertandingan Funniest Person In the World di Findlad.

"Kami sempat mengenali dan mereka benar-benar mengejutkan saya kerana cara lawak disamping perbezaan budaya akan membuatkan festival ini bertambah menarik," katanya yang juga bertindak sebagai pengarah festival itu.

Untuk rekod, Festival Komedi Antarabangsa Kuala Lumpur pertama kali diadakan pada 2015.

Sementara itu, Harith berkat, tahun ini, dia akan mengadakan beberapa persembahan termasuk There's Making Sh#t Up pada 22 April yang turut menampilkan pelawak tempatan dan antarabangsa.

Harith juga akan tampil pada persembahan komedi Transform Through Laughter pada 23 April yang bakal memperlihatkan dia akan menyelit mesej tentang kehidupan dan kepimpinan.

Antara persembahan lawak lain pada festival itu adalah Harith’s Malaysia First, Singapore Second yang akan diadakan pada 22 dan 23 April selain The Angry Indians yang turut menampilkan pelawak Andrew Netto, Kavin Jay, Prakash Daniel, Keren Bala Devan dan Thenesh.

Manakala pelawak Singapura, Fakkah Fuzz akan tampil dengan persembahan komedi, Fuzz's Get The Fuzz Out dan Afdlin Shauki muncul dengan komedi muzikal, Afdlin Shauki: Standing up Singing: Vol 3 pada 22 April.

Menariknya, festival ini turut menampilkan pelawak Nabil Ahmad dan JD Raja Lawak yang akan mengadakan persembahan menerusi segmen Mele-STOP pada 21 April.

Pada 22 April pula Nizam Jentik-Jentik (Lawak Solo), Botak Alhakeem dan Sulaiman Azmil (Komediri), Mad Sabah dan Rayza Mukmin (Maharaja Lawak Mega muncul dengan Stendap Komedi.

"Lawak komedi berdiri dalam bahasa Malaysia semakin berkembang sejak beberapa tahun kebelakangan ini dan peminat sering melihat mereka di televisyen dan tidak secara langsung.

"Saya adakah segmen khas ini bagi memberi peluang kepada komuniti Melayu yang tidak mengikuti lawak berdiri dalam bahasa Inggeris untuk menonton pelawak kegemaran mereka mengadakan persembahan," katanya.

Dalam perkembangan sama, Harith berkata, pada festival itu turut diadakan pertandingan komedi berdiri untuk kedua-dua bahasa Malaysia dan Inggeris yang terbuka kepada pengunjung.

Hadiah RM1,200 menanti pemenang pada acara itu nanti.

Peminat yang ingin hadir ke festival itu boleh mendapatkan pas masuk harian yang dijual pada harga RM158 dan membolehkan mereka menonton semua persembahan dari 22 dan 23 April dan dua persembahan pada 21 April.

Festival Komedi Antarabangsa Kuala Lumpur akan diadakan di Galeri Beli-Belah Publika dan untuk maklumat lanjut boleh melayari http://harithiskander.peatix.com/.

iklan

Video

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Selasa, 15 Ogos 2017 9:00 AM

Abang Long Fadil 2 Telan Belanja RM 3.2 Juta

Kolumnis

iklan

Iklan