Saya Halalkan Perniagaan Mereka - Atu (Zero)

Diterbitkan: Isnin, 17 April 2017 1:08 PM

Atu Zero tidak kisah berkongsi rezeki.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Pelawak Atu dari kumpulan Zero enggan mengambil sebarang tindakan terhadap pemilik akaun laman sosial palsu selagi ia tidak menjejaskan imej dan periuk nasinya.

Sebaliknya, Atu, 25, menganggap ia sebagai perkara yang baik jika cara itu dapat memberi sumber rezeki kepada orang lain.

"Saya tidak kisah pun jika ada orang guna nama saya menerusi akaun palsu dengan tujuan untuk menjual produk asalkan ia tidak memberi kesan buruk kepada saya.

"Malah saya rasa gembira jika dengan cara itu dapat membantu mereka mencari rezeki, apa salahnya... halalkan saja," ujarnya kepada mStar Online.

Atu atau nama sebenarnya Sharid Kunal Doli Sharif diminta mengulas tentang laman sosial Facebook palsu yang membuat promosi iklan secara berbayar.

Laman sosial yang menggunakan nama Atu Zero.

Tambahnya, dia hanya memiliki akaun Facebook bernama Akue Atu dan Instagram @akueatu.

Bagaimanapun Atu berkata, dia sedar dan sentiasa memantau beberapa akaun palsu yang menggunakan namanya sebagai langkah berjaga-jaga.

"Saya tahu ada beberapa akaun palsu yang dibuat oleh pihak lain dan setakat ini tiada masalah pun. Tapi isteri saya agak bimbang takut mereka menggunakan nama saya untuk tujuan tidak baik.

"Mungkin jika keterlaluan barulah saya akan mesej atau minta mereka padam akaun berkenaan," ujarnya.

Sementara itu Atu berkata, dia kini sibuk dengan persiapan pertandingan Maharaja Lawak Mega 2017 yang berlangsung setiap Jumaat, pukul 10 malam di Astro Warna.

Tags / Kata Kunci: Atu Zero

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan