SonaOne Guna Jurutera Antarabangsa Untuk 'Again'

Diterbitkan: Ahad, 16 April 2017 6:25 AM

SonaOne tampil dengan single terbaharu berjudul Again.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Penyanyi SonaOne membuktikan dia sentiasa menghasilkan karya terbaik apabila single terbaharunya berjudul Again mendapat sentuhan jurutera dari Amerika syarikat.

SonaOne berkata, dia memilih Chris Athens untuk melakukan proses adunan lagu tersebut yang juga pernah bekerjasama dengan banyak penyanyi terkenal seperti Drake, Rick Ross, PartyNextDoor, DJ Khaled dan Charlie Puth.

"Again saya sendiri hasilkan dan lagu ini melanbangkan identiti saya sebagai penyanyi termasuk elemen degupan dram bass yang padu.

"Bagi memastikan hasilnya yang terbaik Again turut mendapat sentuhan jurutera adunan antarabangsa Chris Athens yang banyak bekerjasama dengan penyanyi-penyanyi terkenal Amerika Syarikat," katanya.

Dalam pada itu, SonaOne berkata, Again juga menandakan kemunculan semulanya dalam industri seni selepas enam bulan memberikan fokus kepada karier sebagai hos televisyen.

Kata SonaOne, Again adalah secebis daripada apa yang bakal menyusul pada masa hadapan sejajar dengan perkembangan dan evolusi dalamnya dalam bidang muzik.

“Sebagai seorang artis, saya sentiasa berkembang mengikut peredaran semasa, perubahan atau evolusi ini membuktikan kemajuan dalam diri saya dari pelbagai peringkat dan aspek.

"Again hanya secebis sahaja daripada apa yang bakal menyusul kelak," ujarnya.

Penyanyi kacukan Melayu-Perancis ini sebelum ini pernah bertindak sebagai hos program Hip Hoppin Asia: The Saga Continues dan baru-baru ini muncul dengan program travelog Ultimate Brocation untuk siaran saluran antarabangsa KIX.

Tags / Kata Kunci: SonaOne , Again

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan