"Saya Hanya 'Pinjam' Pengawal Peribadi Itu" - Nadia Brian

Diterbitkan: Khamis, 13 April 2017 2:42 PM

Kelihatan dua pengawal peribadi mengiringi Nadia Brian ketika hadir di Anugerah DFKL 2017 pada 9 April lalu. FOTO: Media Hiburan

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Kelibat pelakon Nadia Brian ketika hadir pada malam Anugerah Drama Festival Kuala Lumpur (DFKL) 2017 pada 9 April lalu sambil diiringi dua pemuda pengawal peribadi menimbulkan tanda tanya.

Mengakui dua individu berkenaan ditugaskan untuk mengiringinya, Nadia, 26 bagaimanapun berkata mereka bukan berkhidmat secara tetap untuknya.

"Bukan pengawal peribadi saya, siapalah Nadia Brian nak pasang bodyguard. Mereka sebenarnya adalah pengawal peribadi kepada seorang kenalan baik saya.

Nadia ketika di laluan karpet merah Anugerah DFKL 2017. -foto Instagram @uprisingentertainment

"Saya hanya pinjam sekejap untuk ke majlis itu, mereka tolong hantar saya ke sana bagi memudahkan urusan parkir.

"Bukan saya seorang, Reen Rahim pun ada bersama saya," katanya ketika dihubungi mStar Online pada Khamis.

Nadia menjelaskan mengenai khabar angin yang mengatakan dia kini sedang hangat bercinta dengan seorang anak VVIP sehingga terpaksa diiringi dua pengawal peribadi bagi menjaga keselamatannya.

Namun Nadia atau nama sebenarnya Najwa Mohamed Rashidi berkata dakwaan berkenaan adalah tidak benar.

"Lelaki itu adalah teman baik saya. Kami kenal sejak 2013 sebelum saya menyertai dunia lakonan, masa itu saya masih belajar di UiTM.

"Kami memang berkawan rapat, tapi dia hanyalah orang biasa, bukan anak VVIP seperti yang didakwa," katanya.

Bercerita mengenai status lelaki yang enggan didedahkannya itu, pelakon Akulah Balqis ini mengakui selesa berkawan dengan pemuda berkenaan.

"Sudah empat tahun kami berkenalan, saya memang selesa ketika bersamanya. Namun jika nak katakan dia adalah teman lelaki saya, itu tak pasti.

"Tunggulah, kalau ada apa-apa maklumat mengenainya saya akan kongsikan," katanya.

Dalam perkembangan lain Nadia kini sedang sibuk menjalani dua pengambaran dua telefilem iaitu Haluan dan My Sweet Lavender.

Tags / Kata Kunci: Nadia Brian

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan