TV3 Luaskan 'Mak Cun' Bantu Usahawan Desa

Diterbitkan: Khamis, 13 April 2017 4:46 PM

Barisan pelakon drama Mak Cun pada pelancaran Mak Cun Mart.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Selepas kejayaan drama bersiri Mak Cun, TV3 meneruskan kesinambungan jenama itu dengan membuka sebuah pusat sehenti bagi memasarkan produk-produk usahawan desa yang dikendalikan menerusi portal Mak Cun Mart.

Pengarah Urusan Mak Cun Mart, Eirma Fatima berkata, ia juga sebagai meneruskan perjuangan watak Mak Cun secara realiti daripada drama musim ketiga yang bakal bermula pada 20 April ini.

"Tidak dapat dinafikan Mak Cun merupakan satu jenama besar dan punya pengikut tersendiri.

"Siri drama ini padat dengan unsur-unsur keusahawanan dan nilai kekeluargaan yang tinggi. Jadi kami berbesar hati untuk meneruskan perjuangan ini ke dunia realiti dengan membuka peluang kepada usahawan desa untuk memasarkan produk mereka di Mak Cun Mart," ujarnya.

Beliau ditemui pada majlis pelancaran Mak Cun Mart yang diadakan di Sri Pentas, di sini, Khamis.

Portal itu boleh dilayari menerusi www.makcunmart.com.my

Selain itu, tambahnya sebuah kedai fizikal juga bakal beroperasi di Ukay Perdana, Ampang dekat sini pada bulan hadapan.

Menerusi kedai tersebut juga, pengguna boleh mendapatkan produk-produk tempatan seperti makanan, kecantikan dan fesyen.

"Laman sesawang Mak Cun Mart boleh membantu usahawan-usahawan kecil dan sederhana untuk memperkenalkan produk mereka.

"Manakala, kami juga dalam proses membuka sebuah kedai fizikal yang menempatkan barang-barang untuk dijual," ujarnya.

Sementara itu, menerusi musim terbaharu Mak Cun yang dilakonkan oleh Erma Fatima ini, ia mengisahkan perjuangannya memperkenalkan Mak Cun Mart.

Biarpun produk Mak Cun mendapat sambutan laus, namun dia sukar untuk mendapat tempat bagi memasarkan produk tersebut di peruncit besar.

Tidak mahu mengalah, Mak Cun mengambil keputusan membuka sendiri sebuah kedai bagi memasarkan produk miliknya.

Drama tersebut turut menampilkan barisan pelakon seperti Datin Umie Aida, Ezzaty Abdullah, Azwan Kombos, Azizah Mahzan, Balkish Semundur Khan.

Drama Mak Cun musim ketiga bakal bersiaran setiap Rabu hingga Jumaat, pada pukul 9 malam di TV3.

Tags / Kata Kunci: Mak Cun Mart

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Kolumnis

iklan

Iklan