Koleksi Pakaian Sopan Dynas Dapat Perhatian Antarabangsa

Diterbitkan: Khamis, 13 April 2017 6:20 AM

Dynas tidak menyangka berpeluang memperagakan koleksi rekaannya pada Modest Fashion Week di London pada Februari lalu.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Pelakon Dynas Mokhtar tidak menyangka kemunculannya pada Modest Fashion Week (MFW) menerusi koleksi pakaian sopan bawah labelnya One-Ra by Dynas Mokhtar di London pada 19 Februari lalu mendapat perhatian.

Dynas berkata, sejurus selepas memperagakan koleksinya di pentas minggu fesyen itu, dia didekati oleh beberapa pembeli yang berminat untuk memasarkan pakaiannya di luar negara.

"Modest Fashion Week pertama kali diadakan dan Alhamdulillah saya di antara 40 pereka fesyen dari seluruh dunia yang dijemput untuk menyertai minggu fesyen itu.

"Sambutannya memang luar biasa dan tidak menyangka ada beberapa pembeli yang berminat dengan rekaan saya.

"Walaupun masih belum ada yang membuat tempahan tetapi mendapat perhatian mereka juga satu kejayaan untuk saya yang mewakili Malaysia," katanya kepada mStar Online.

Dynas bersama salah seorang model yang memperagakan pakaian rekaannya.

Pemilik nama Wan Edrinas Wan Mokhtar, 34, ini berkata, minggu fesyen yang diadakan di Saatchi Gallery, London itu dihoskan oleh Haute Elan.

Berkongsi pengalamannya menyertai MFW, Dynas berkata, penerimaan masyarakat antarabangsa terhadap pakaian sopan di luar jangkaan malah ia mula menjadi trend dikalangan penggemar fesyen.

Malah dia juga terkejut dengan publisiti yang diberikan oleh pihak media dari seluruh dunia walaupun ia pertama kali diadakan.

"Apa yang saya tahu ia akan menjadi acara tahunan dan penganjurannya yang pertama kali pun sudah cukup mengagumkan.

"Pakaian sopan dan muslimah mula menjadi perhatian malah ia mempunyai permintaan tinggi dan ia perkembangan yang cukup baik," ujarnya.

Pada acara itu, Dynas memberitahu, dia memperagakan 12 koleksinya dan teruja dengan penerimaan penonton dan pihak media terhadap koleksinya.

Antara pakaian rekaan One-Ra by Dynas Mokhtar.

Dalam pada itu, Dynas berkata, dia melihat penerimaan positif itu sebagai peluangnya mengembangkan pakaian dengan gaya sederhana di luar negara pada masa hadapan.

"Ini adalah permulaan dan masih banyak perkara yang perlu saya perbaiki dan pelajari bagi memperbaiki diri untuk melangkah ke peringkat antarabangsa.

"Apabila menyertai minggu fesyen itu saya cukup kagum kerana begitu banyak rekaan menarik tetapi masih mengekalkan kesederhanaan dan kesopanan ditonjolkan.

"Tetapi tiada yang mustahil selagi kita berusaha dan tidak berputus asa," katanya.

Dalam perkembangan lain, Dynas berkata, dia bakal mempersembahkan koleksi terbaharu One-Ra by Dynas Mokhtar di Singapore Modest  Fashion Weekend, Singapura pada 14 April ini.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan