Konsert Sheila Majid Di Stadium Negara 5 Ogos Depan

Diterbitkan: Selasa, 11 April 2017 5:26 PM

Sheila Majid pernah mengadakan konsert Lagenda di Stadium Negara pada 1991. -foto AIMAN ARIFUDDIN / The Star

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Penyanyi Datuk Sheila Majid membuat kejutan apabila mengumumkan bakal mengadakan konsert solo pertamanya dalam skala besar selepas tempoh tujuh tahun.

Persembahan menerusi Sheila Majid The Concert Kuala Lumpur 2017 itu bakal diadakan pada 5 Ogos depan di Stadium Negara di sini.

"Kejutan! Alhamdulillah impian saya untuk menghiburkan peminat dalam sebuah konsert berskala besar akhirnya tercapai.

"Kesudian penaja merialisasikan penerbitan konsert ini memungkinkan segalanya.

"Selain album baharu, ini adalah hadiah terbesar saya buat semua peminat saya di Malaysia," katanya kepada mStar Online.

Sheila ditemui pada majlis pelancaran album terbaharunya berjudul Boneka di Hotel Hilton di sini, Selasa.

Dalam pada itu, Sheila berkata, dia teruja dapat kembali mengadakan persembahan di Stadium Negara selepas beraksi di lokasi sama menerusi konsert Legenda pada 1991.

Untuk rekod, kali terakhir Sheila mengadakan konsert solo di Dewan Filharmonik Petronas pada 2010.

Konsert itu anjuran IME Malaysia, More Entertainment dan disokong Magada Entertainment.

Tiket dari harga RM98 hingga RM888 akan mula dijual pada 14 April, 10 pagi menerusi www.ticketcharge.com.my.

Tags / Kata Kunci: Sheila Majid , konsert

iklan

Video

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Kolumnis

iklan

Iklan