Isteri Shukri Yahaya Masih Lemah Akibat Jangkitan Kencing Tikus

Diterbitkan: Selasa, 11 April 2017 6:45 AM

Shukri bersyukur isteri sudah dibenar pulang ke rumah.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Pelakon Shukri Yahaya memberitahu keadaan isterinya Tya Adnan masih lemah walaupun sudah dibenarkan pulang ke rumah empat hari lalu kerana terkena jangkitan penyakit kencing tikus.

Shukri, 28, berkata, semangat isterinya hilang dan memerlukan pemerhatian dan penjagaan rapi daripada ahli keluarga.

"Alhamdulillah, dia sudah dibenarkan pulang empat hari lalu selepas lapan hari berada di hospital kerana jangkitan kencing tikus.

"Tapi keadaan dia masih lemah dan hilang semangat, nasib baik keluarga kami dekat dan ibu banyak membantu menjaga isteri dan anak saya," ujarnya kepada mStar Online.

Shukri diminta mengulas tentang perkembangan isterinya yang dimasukan ke sebuah pusat perubatan selepas dijangkiti virus leptospirosis atau kencing tikus pada 28 Mac lalu.

Shukri berkahwin dengan Tya, 25, atau nama sebenarnya Siti Nurfatihah Ahmad Adnan pada 20 November 2015 dan dikurniakan seorang cahaya mata iaitu Aaira Ameena yang kini berusia tujuh bulan.

Shukri memenangi kategori Aktor Pilihan DFKL 2017.

Dalam pada itu, Shukri berkata, ia merupakan kali pertama dia berhadapan situsi cemas dan bimbang dengan keadaan tersebut sepanjang lapan hari isterinya ditahan.

"Pada awalnya dia mengalami demam selama 10 hari dan kami sudah pergi empat buah klinik tapi tetap tidak baik, jadi saya bawa dia ke hospital pula.

"Selepas itu doktor mengesahkan dia terkena jangkitan kencing tikus. Perasaan saya cukup bimbang kerana penyakit itu bahaya dan boleh membawa maut," ujarnya.

Sementara itu, ditanya tentang punca jangkitan, pelakon drama 7 Hari Mencintaiku ini berkata, dia kurang pasti bagaimana ia boleh berlaku.

"Saya tidak tahu punca daripada mana (jangkitan) kerana Tya jarang keluar rumah, kami selalu makan di gerai-gerai tapi yang pelik kenapa pula dia seorang sahaja yang terkena kerana saya juga makan apa yang dia makan," ujarnya.

Dalam perkembangan lain, Shukri yang memenangi kategori Aktor Pilihan menerusi drama 7 Hari Mencintaiku menganggap ia adalah rezeki yang sudah tertulis.

Katanya, ia merupakan anugerah pertama sepanjang enam tahun menceburi bidang lakonan.

"Alhamdulillah, akhirnya ada juga rezeki untuk saya menerima anugerah, selama ini saya datang memeriahkan majlis sahaja.

"Saya berterima kasih pihak-pihak yan terlibat dalam menjayakan drama 7 Hari Mencintaiku," ujarnya.

Tags / Kata Kunci: Shukri Yahaya

iklan

Video

Selasa, 25 Julai 2017 3:00 PM

Aaron Abdul Iras Sudirman?

Selasa, 25 Julai 2017 12:00 PM

Eyka Farhana Diusik Minta Nombor Telefon

Selasa, 25 Julai 2017 9:00 AM

Tauke Jambu Tak Sabar Naik Pelamin

Isnin, 24 Julai 2017 12:03 PM

Lantaklah! Ahya Memang Suka Tayang Badan

Isnin, 24 Julai 2017 9:00 AM

#BiziBody: Risteena Dah Nak Kahwin?

Jumaat, 21 Julai 2017 3:00 PM

Nadzmi Adhwa Bolot Semua 'Job'

Jumaat, 21 Julai 2017 11:09 AM

Lagak Lelaki Ini Seperti…

Jumaat, 21 Julai 2017 9:00 AM

#akuStar: iR Radzi - Cinta Terakhir

Kolumnis

iklan

Iklan