Tajul Tidak Keluar Hujung Minggu Elak Dikerumuni Peminat

Diterbitkan: Isnin, 10 April 2017 6:30 AM

Tajul Ariff elak bersiar hujung minggu.

(Ubah saiz teks)

KUALA TERENGGANU: Penyanyi Tajul Ariff memberitahu dia mengambil langkah untuk tidak keluar bersiar-siar pada hujung minggu di tempat awam bagi mengelak diri dikerumuni peminat.

Tajul, 19, berkata, pengalaman yang dilalui sebelum ini membuatkan dia cuba mengambil langkah berjaga-jaga bukan untuk kebaikan dirinya sahaja malah untuk peminat.

"Bukan saya perasan popular tetapi pernah beberapa kali terjadi saya dikerumuni peminat dan keadaan jadi tidak terkawal kerana ketika itu tiada PR (Pegawai Promosi) di sisi yang lazimnya akan meredakan keadaan.

"Memang agak penat namun jauh dari sudut hati saya menghargai sokongan mereka, cuma mungkin saya perlukan sedikit masa untuk lebih bijak menangani keadaan seumpama itu, " katanya kepada mStar Online.

Tajul ditemui ketika menjayakan program Jelajah Suria 10 Tahun di Kuala Terengganu bersama radio Suria.fm, di sini pada Sabtu lalu.

Dalam pada itu kata adik kepada penyanyi arwah Achik Spin ini lagi, dia membuat keputusan sebegitu agar peminat tidak tersalah anggap dirinya seorang yang sombong seandainya tidak dapat memberi layanan sama-rata ketika diasak.

"Jika keadaan terdesak dan memerlukan saya harus juga keluar ke tempat awam pada hujung minggu, saya lebih selesa mengenakan topi agar tidak ramai yang perasan.

"Kalau ada juga yang perasan, saya tetap melayan macam biasa cuma risiko diasak tu kuranglah..." ujarnya.

Dalam perkembangan seni pula, Tajul yang sebelum ini popular dengan single Sedalam-Dalam Rindu bakal mengeluarkan single keduanya  bersama penyanyi Wany Hasrita berjudul Di Sana Cinta Di Sini Rindu Mei depan.

Lagu ciptaan Patrick Khamis itu akan mengundang kerinduan peminat pada lagu-lagu dari arwah Achik Spin bersama Siti Nordiana seperti lagu Memori Berkasih dan Gurauan Berkasih kerana melodinya menjurus ke arah genre lagu-lagu cinta era 90-an.

Tags / Kata Kunci: Tajul Ariff

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan