Keadaan Kesihatan Riezman Khuzaimi Beransur Baik

Diterbitkan: Isnin, 10 April 2017 6:00 AM

Riezman semakin pulih.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Keadaan kesihatan pelakon Riezman Khuzaimi yang mengalami jangkitan kuman pada paru-paru minggu lalu kini beransur pulih.

Bagaimanapun, Riezman, 47, berkata, doktor masih membuat pemantauan terhadap tahap kesihatannya dari semasa ke semasa.

"Alhamdulillah, saya rasa semakin baik, walaupun badan masih lagi berasa sakit-sakit dan lemah.

"Setakat ini doktor belum beritahu bila saya boleh keluar lagi kerana masih dalam pemantauan dan minta saya banyak berehat," ujarnya kepada mStar Online.

Pelakon filem Santau ini dimasukkan ke Hospital Shah Alam dekat sini pada 30 Mac lalu selepas mengadu kurang sihat dan demam berpanjangan.

Sementara itu, Riezman atau nama sebenarnya Mohd Rizman Mohd Khuzaimi berkata, dia terpaksa melepaskan peluang untuk berlakon dalam drama terbitan Global Station Sdn Bhd yang sedang menjalani penggambaran.

"Sepatutnya saya mula penggambaran drama dengan Global Station pada hari saya dimasukkan ke hospital minggu lalu. Tapi nak buat macam mana sudah tiada rezeki.

"Sudah lama rasanya saya tidak berlakon, baru ingin mulakan kembali ada halangan lain pula. Tidak mengapalah mungkin sudah tertulis," ujarnya.

Dalam pada itu, Riezman berkata, dia juga mempunyai banyak pekerjaan yang tertangguh disebabkan masalah kesihatan tersebut.

"Banyak juga kerja tertanggu bila sakit begini. Saya sedang sibuk buat persiapan untuk melancarkan produk baru tidak lama lagi," ujarnya.

Tags / Kata Kunci: Riezman Khuzaimi

iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 6:51 PM

Sherry Ibrahim Tak Hilang, Masih Laris

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan