Sambutan Luar Biasa Konsert Minggu Pertama 'Gema Gegar Vaganza'

Diterbitkan: Ahad, 9 April 2017 11:01 AM

Kumpulan Mirwana mempertaruhkan lagu berjudul Aku Tanpa Cinta Mu.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Konsert minggu pertama program Gema Gegar Vaganza (GGV) mendapat sambutan luar biasa penonton yang hadir untuk menyaksikan siaran langsung yang diadakan di Pusat Konvensyen CIDB, Cheras di sini, malam Sabtu.

Penonton dan penyokong 10 peserta bertanding mula berkumpul memenuhi ruang legar CIDB seawal 8 malam.

Pada konsert minggu pertama itu, meriah dengan persembahan menggamit nostalgia apabila kesemua peserta menyanyikan lagu yang pernah mengangkat nama mereka dalam industri lagu-lagu nasyid.

Ia turut menjadi topik trending di Twitter.

Wani dan Juzzthin menyampaikan lagu Alhamdulillah

Sepuluh peserta yang bertanding adalah Hafiz Hamidun (Jodoh Berdua), Ana Raffali (Tolong Ingatkan Aku), Bienda (Penantian), Azmi Caliph Buskers (Hanya Namamu), Izam EYE (Izinkan Selamanya Namamu Di Hati) dan Wani (Alhamdulillah).

Manakala peserta kumpulan Hijjaz (Sumayyah), Saujana (Suci Sekeping Hati), Mirwana (Aku Tanpa Cintamu) dan UNIC (Hanya Tuhan Yang Tahu).

Pemenang Gema Terindah kategori Kenangan Terpahat minggu pertama dimenangi oleh kumpulan Hijjaz dan mereka memenangi wang tunai RM5,000 dan akan disalurkan kepada badan kebajikan terpilih.

Bagaimanapun wang berkenaan diserahkan kepada Mohd Syahid yang menderita kanser kalenjar tahap tiga.

Unic tampil dengan lagu Hanya Tuhan Yang Tahu.

Mohd Syahid yang berusia empat tahun adalah anak kepada peserta GGV iaitu Bazli daripada kumpulan UNIC.

Pada konsert minggu pertama itu tiada penyingkiran dibuat oleh juri.

Dua juri tetap dilantik untuk menilai persembahan peserta adalah Farihin Abdul Fattah dan penyanyi dan pelakon Indonesia, Oki Setiana Dewi.

Manakala pengacara Jihan Muse sebagai juri jemputan.

Gema Gegar Vaganza dihoskan oleh Siti Nordiana, Fikri Ibrahim dan Achey.

Penonton yang hadir meberi sokongan minggu pertama Gema Gegar Vaganza.

Sementara itu, penyanyi Mawi dan pelakon sensasi, Fattah Amin muncul memberikan persembahan pembukaan menerusi lagu Kalah Dalam Menang.

Ia juga akan disiarkan menerusi saluran Astro Oasis (106) dan Maya HD (135) pada setiap hari Sabtu, 9 malam.

Juara Gema Gegar Vaganza bakal membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM100,000 beserta trofi.

Naib juara pula akan memenangi hadiah wang tunai sebanyak RM30,000 beserta trofi manakala hadiah tempat ketiga akan mendapat wang tunai bernilai RM20,000 beserta trofi.

Tempat keempat pula bakal meraih wang tunai RM10,000 beserta trofi dan pemenang bagi kategori ‘Pilihan Penonton’ yang diundi menerusi sistem dalam talian pula akan membawa pulang wang tunai RM5,000.

Tags / Kata Kunci: Gema Gegar Vaganza

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan