Dramatis Omar Manan Mula Sedar Akibat Jangkitan Paru-Paru

Diterbitkan: Ahad, 9 April 2017 12:34 PM

Omar Manan bersama Datuk Yusof Haslam.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Pelakon drama era 1980-an, Omar Manan sudah sedarkan diri selepas dua minggu menjalani rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Selayang, dekat sini, akibat jangkitan kuman pada paru-paru.

Anaknya, Firhat Yasir, 38, berkata, bapanya dimasukkan ke hospital pada 15 Mac lalu selepas mengadu sakit perut dan demam berpanjangan.

"Ayah dimasukkan ke hospital sejak 15 Mac lalu dan berada dalam keadaan kritikal dan dirawat di ICU selama dua minggu. Doktor beritahu kuman yang berada dalam paru-parunya terlalu agrasif.

"Ayah kini sudah sedar dan dipindahkan ke wad biasa pada Jumaat lalu selepas doktor memberitahu kesihatan semakin positif," ujarnya kepada mStar Online.

Biarpun sudah berada di wad biasa, Firhat berkata, keadaan kesihatan bapanya masih belum menampakkan perkembangan yang baik.

Tambahnya, doktor masih lagi memantau kesihatan bapanya dari semasa ke semasa.

"Dia sudah sedar sejak Jumaat lalu tapi keadaannya masih lemah dan tidak mampu untuk bercakap lagi.

"Walaupun sudah dipindahkan ke wad biasa, namun belum nampak dia semakin pulih lagi," ujarnya.

Omar, 70, aktif sebagai pelakon dan pernah popular dengan drama berjudul Bakat serta beberapa drama televisyen lain.

Beliau berkahwin dengan bekas wartawan hiburan Fauziah Rauf pada tahun 1970 dan dikurniakan empat cahaya mata.

Omar Manan atau nama sebenarnya Omar Sudi pernah menjadi penerbit rangkaian majalah dan akhbar tabloid pada tahun 1990 an iaitu Majalah Pesta, Pentas Dunia dan majalah wanita iaitu Hawa.

Tags / Kata Kunci: Omar Manan

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan