Adibah Noor Tunda Pelancaran Album Duet

Diterbitkan: Ahad, 9 April 2017 6:30 AM

Adibah masih belum bersedia untuk melancarkan album duetnya iaitu Jiwa Sentuh Jiwa.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Penyanyi Adibah Noor masih belum bersedia untuk melancarkan album duetnya berjudul Jiwa Sentuh Jiwa walaupun proses rakamannya sudah selesai sejak tahun lalu.

Adibah berkata, kebanjiran lagu duet daripada penyanyi lain sejak tahun lalu membuatkan dia mengambil keputusan menunda pelancaran albumnya itu kerana ingin membiarkan fenomena itu reda terlebih dahulu.

"Saya belum terpanggil untuk melancarkan Jiwa Sentuh Jiwa selepas melihat senario kemunculan banyak lagu duet daripada penyanyi lain sejak tahun lalu.

"Biarlah keadaan itu reda terlebih dahulu dan mungkin selepas itu baru saya lancarkan album itu," katanya kepada mStar Online.

Album duet itu bakal memperlihatkan Adibah berkolaborasi dengan barisan penyanyi popular seperti Misha Omar, Anuar Zain, Amir Jahari dan Sam Innuendo.

Dalam pada itu, Adibah berkata, kelembapan penjualan album berbentuk fizikal juga membuatkan dia bimbang untuk melancarkan album berkenaan.

Adibah kini giat berlakon.

Malah menerusi kajiannya, pendengar kini tidak lagi mengeluarkan wang untuk membeli album sama ada menerusi platfrom digital mahupun fizikal.

"Pendengar sekarang lebih selesa mendengar sesebuah lagu di Youtube kerana ia percuma dan tidak lagi kisah untuk membeli secara digital atau fizikal.

"Saya sendiri masih buntu dan belum buat keputusan untuk mencetak album itu dalam bentuk fizikal kerana bimbang tiada pembeli.

"Sambutan daripada peminat dan stesen radio mungkin ada tetapi saya tidak nampak dari segi penjualan," katanya.

Bagaimanapun kata Adibah, faktor itu tidak akan melemahkan semangatnya untuk terus melancarkan album itu kerana tidak mahu ada pihak menyangka dia tidak lagi aktif sebagai penyanyi.

"Untuk seseorang penyanyi, penghasilan album itu penting kerana itu adalah penanda kami masih aktif menyanyi, Insya-Allah Jiwa Sentuh Jiwa akan dilancarkan tidak lama lagi.

"Malah saya akan lancarkan single duet bersama Misha terlebih dahulu sebelum bulan Ramadan," ujarnya.

Dalam perkembangan lain, Adibah berkata, dia bakal muncul dengan telefilem kedua dibawah arahan pengarah Rashid Sibir bertajuk Bisik Pada Allah untuk tayangan Aidilfitri nanti.

Sebleum ini, Adibah muncul dalam telefilem arahan Rashid iaitu Mati Tunggu Sekejap yang menggandingkannya dengan Ziana Zain dan Nasha Aziz.

"Memang tahun ini rezeki saya bermula dengan lakonan tetapi ia sekadar hobi dan saya masih mengutamakan nyanyian.

"Pun begitu saya teruja dapat bekerjasama dengan Rashid kerana sebelum ini tidak pernah berlakon dibawah arahannya.

"Rashid seorang yang terkenal dengan drama 'berat' dan sebagai pelakon saya memang puas dapat berlakon menerusi watak diberikan," katanya.

Terbaharu, drama 18 episod lakonannya, Jadikan Aku Yang Kedua arahan Rashid sedang ditayangkan di Astro Oasis pada setiap Rabu, 9 malam.

Tags / Kata Kunci: Adibah Noor , Jiwa Sentuh Jiwa

iklan

Video

Isnin, 18 Disember 2017 2:45 PM

Kecoh Naim Daniel 'Berduet' Dengan Hantu

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Kolumnis

iklan

Iklan