Jelajah Suria 10 Tahun Di Terengganu Gamat

Diterbitkan: Sabtu, 8 April 2017 11:25 PM

Persembahan istimewa daripada Tajul dan Wany Hasrita. -foto FB Suria FM

(Ubah saiz teks)

KUALA TERENGGANU: Promosi stesen radio Suria FM terus mendapat sambutan hangat apabila orang ramai membanjiri siri Jelajah Suria 10 Tahun yang berlangsung di Mydin Gong Badak di sini pada Sabtu.

Selain bagi membolehkan para penyampainya mendekati pendengar di kawasan itu, pengunjung juga berpeluang beramah mesra dengan artis-artis terkenal yang turut sama memeriahkan penjelajahan itu.

Pengurus Besar Program Suria, Subarma Mohtaruddin berkata, Jelajah Suria 10 Tahun ini merupakan hadiah istimewa kepada pendengar yang sentiasa menyokong stesen berkenaan.

Barisan penyampai Suria beramah mesra dengan orang Kuala Terengganu.

"Aktiviti sebegini akan terus merapatkan hubungan dengan pendengar sekaligus meluaskan lagi jumlah pendengar Suria," katanya kepada mStar Online.

Antara artis yang memeriahkan persembahan pentas ialah Ella, Black Hanafiah, Ronnie Hussein, Sarah Fazny, Tajul, Wany Hasrita dan Azian Mazwan Sapuwan.

Acara yang berlangsung dari pukul 1 sehingga 6.30 petang itu turut diserikan dengan kehadiran penyampai Suria seperti DJ Lin, Brian, Fizi Ali, Zulin Aziz, Halim Othman, Bob Ringgo, Suraya dan Tyzo.

Selain persembahan nyanyian, pelbagai aktiviti dan permainan pentas yang menawarkan hadiah wang tunai serta barangan eksklusif Suria turut disediakan kepada pengunjung.

Azian Mazwan Sapuwan turut menghiburkan pengunjung yang hadir.

Membawa tagline 'Segalanya Hiburan', Siri Jelajah Suria 10 Tahun akan meneruskan jelajahnya di Pulau Pinang pada 15 April, Perak (22 April) dan berakhir di Selangor pada 29 April depan.

Sebelum ini siri pertama Jelajah Suria 10 Tahun berlangsung di Batu Pahat, Johor.

Tags / Kata Kunci: Suria FM

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan